HIBURAN
Populariti Hanya Sementara, Sharifah Zarina Nasihat Pempengaruh Muda Jaga Adab - “Anak Saya, Kalau Dia Salah Saya Akan Tegur…”
Penyanyi Sharifah Zarina menasihati pempengaruh muda agar sentiasa menjaga adab dalam membuat kandungan di media sosial.
Nasihat anak juga
Sebagai ibu kepada anaknya, Athalia yang juga merupakan pempengaruh, Sharifah Zarina atau nama sebenarnya Sharifah Zarina Wan Hassan, 44, tidak teragak-agak memberikan teguran sekiranya anak-anak terlibat dalam penggunaan bahasa yang kasar atau tidak sopan, terutama sekali di platform media sosial
“Orang muda sekarang terlalu santai sampai kadang-kadang mereka tak sedar jika tersalah cakap. Anak saya, Athalia Deena Buswani pun pempengaruh, kalau saya rasa dia salah, saya akan tegur dan marah.
“Mereka ini semua rasa perkara kena relaks sahaja. Apabila saya marah, baru anak-anak saya tahu mereka buat silap. Anak muda sekarang terutama pencipta kandungan kena belajar bercakap dengan orang dan perbaiki kemahiran komunikasi.
“Bukan sekadar berbual di telefon, cakap dalam aplikasi TikTok atau buat kandungan syok sendiri yang tanpa sedar menyakiti hati orang lain.
“Siapa tidak marah kalau tiba-tiba nama dipetik melainkan kalau membabitkan perkara positif. Walaupun ada kata kita kena ‘chill’ sahaja, tapi individu yang terasa namanya dipetik berhak untuk marah. katanya selepas sidang media projek Lagu Seluloid Volume 2, di Aswara pada Selasa.
Dalam pada itu, pelantun lagu Langit Ke Tujuh itu juga mengakui bahawa populariti itu hanya bersifat sementara dan akan hilang sekiranya tidak mementingkan adab dan etika sesama manusia.
“Saya pernah merasa zaman di mana semua orang nak jumpa saya sampai tak boleh keluar rumah. Sebab lagu saya dulu memang sangat popular.
“Saya pun pernah merasa zaman kejatuhan dan orang tak peduli pun. Kemasyhuran bersifat sementara, jadi walau di mana pun kita berada, berbuat baiklah sesama insan. Jaga lisan kita,” katanya.
Menerusi perkembangan lain, Sharifah Zarina merupakan salah seorang yang terlibat dalam projek Lagu Seluloid Volume 2, misi mengangkat seleksi emas dari filem Melayu Klasik tahun 1950 sehingga 1959.
Lagu Seluloid Volume 2 adalah projek pengarkiban pendigitalan dan rakaman semula (secara digital) yang turut menampilkan Aqasha, Ayu Damit, Azizul Haqim, Ezdianie Hayatie dan Idris Brown.
ARTIKEL BERKAITAN: Rita Rudaini Sekolahkan Influencer Tentang Adab - “Biar Tak Ada Rupa, Asal Ada Adab”
ARTIKEL BERKAITAN: Imran Bard Sekali Lagi Buat Permohonan Maaf, Mahu Jumpa Ellie Suriaty Depan-Depan - “Saya Akui Nama Tak Boleh Dipetik Apatah Lagi…”
ARTIKEL BERKAITAN: Sajat Nasihat Imran Bard Mohon Maaf kepada Ellie Suriaty - “Benda Remeh-Temeh Ini Tidak Perlulah...”