Port Nasi Lemak 2022! Tapi No.6 Tu Paling Sedap & Mudah! Yumsss!
25/06/2022 11:36 MYT
Sebut saja nasi lemak, pasti ramai yang terliur. Terbayang keenakan nasi lemak yang dihidangkan panas-panas ditambah pula dengan lauk pauk sampingan. Fuh!
Tapi pasti yang tertanya nasi lemak yang manakah sedap dan patut dicuba terutama sekitar Kuala Lumpur.
Gempak senaraikan lima port wajib anda patut cuba!
#1 Nasi Lemak Wanjo
Kalau mengidam nasi lemak di tengah-tengah malam, ini adalah penyelesaian terbaik!
Difahamkan, nasi lemak di sini menggunakan resepi turun-temurun sejak lebih 50 tahun lagi.
Jadi, tidak hairanlah sekiranya ramai yang tergilakan nasi lemak ini. Lagipun lauk-pauk di sini memang meriah!
Alamat: 8, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
#2 Nasi Lemak Village Park
Nasi lemak ini memang legend sampaikan ramai orang kenamaan yang datang ke sini untuk menikmati kelazatannya.
Terletak di Damansara Utama, ramai memuji ayam goreng di sini.
Alamat: 5, Jalan SS 21/37, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor
#3 Nasi Lemak Bumbung
Selain di Village Park, ayam goreng di restoran ini juga mendapat pujian ramai. Mungkin di sebalik keenakan nasi lemak itu, ayam goreng juga menjadi faktor dan pilihan utama.
Alamat: Jalan 21/11b, Sea Park, 46300 Petaling Jaya, Selangor
#4 Nasi Lemak Tanglin
Antara yang popular di Kuala Lumpur! Sebut saja tanglin, pasti ramai sudah terbayang menu nasi lemaknya yang legend.
Ramai yang memuji keenakan sambalnya yang tidak terlalu pedas dan manis.
Alamat: Tasik Perdana, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala
#5 Nasi Lemak Antarabangsa
Antara yang legend dalam komuniti penggemar nasi lemak.
Tidak pasti mengapa ia digelar antarabangsa, namun yang pasti nasi lemak restoran ini memang onz!
Alamat: 4, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
#6 Nasi Lemak Jackson’s Fried Chicken
Bonus buat anda yang malas nak keluar rumah atau beratur mendapatkan nasi lemak sedap.
Tahu tak restoran Jackson’s Fried Chicken sekarang dah keluarkan nasi lemak yang sedap?
Jackson’s menggabungkan ayam goreng rangup dan lazat mereka dengan hidangan kebanggaan rakyat Malaysia, Nasi Lemak yang enak lagi beraroma!
Peminat nasi lemak kini boleh menikmati Nasi Lemak dengan Jackson’s Popcorn Chicken, sama ada yang berperisa asli atau perisa pedas berapi!
Serious guys, penulis sudah cuba nasi lemak baru Jackson’s Fried Chicken memang onz! Paling tak percaya sambal dia kick! Macam mak kita masak!
Selain itu, kentang wedges rangup berkeju juga antara penambahan terbaharu di dalam menu Jackson’s.
Bukan setakat itu sahaja, satu lagi hidangan tempatan iaitu Bubur Ayam turut dimasukkan ke dalam menu Jackson’s Fried Chicken.