gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Keluarga Ireland Sanggup Beli Snek Malaysia Harga Hampir RM8 Sepeket - “Anak Saya Suka Super Ring”
HIBURAN
Asian Pop Stars Bakal Cipta Bintang Bertaraf Dunia, Lapan Finalis Dilatih Di Akademi Antarabangsa
SUKAN
Kejohanan Badminton Allianz Media 2025: Pasukan Astro Muncul Naib Juara
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

Positif COVID 19, Jaguh Lempar Cakera Negara, Irfan Shamsuddin: "Saya Ingat COVID 19 Macam, You Know...

Maliah Surip
Maliah Surip
03/01/2021
07:50 MYT
Sponsor Banner
Positif COVID 19, Jaguh Lempar Cakera Negara, Irfan Shamsuddin: "Saya Ingat COVID 19 Macam, You Know...
Jaguh lempar cakera negara, Irfan Shamsuddin, berkongsi pengalaman dirinya yang positif COVID 19 sejak Khamis lalu.
Ifran yang kini berseorangan di Leipzig, Jerman menceritakan detik awal terjangkiti COVID 19 dengan mengaku dirinya tidak mempunyai simpton teruk kecuali selsema dan sedikit batuk.
"Sewaktu mula-mula dahulu, saya hanya batuk dan selesema. Ia tidak serius dan rasa seperti normal kerana cuaca di sini (Leipzig) pun sejuk," katanya seperti dilihat Gempak dalam temubual bersama wartawan, Bazly Azmi, di YouTube StadiumAstro pada Ahad 3 Januari 2021.
Namun, sehari setelah keputusan ujian COVID 19 keluar, atlet kelahiran Negeri Sembilan itu mula berasa sakit kepala dan mengalami bengkak mata.
"Lepas result keluar, the next day, check suhu tak ada (demam). Tapi badan saya rasa penat, mata merah dan bengkak," katanya dalam video berdurasi lebih kurang dua minit itu.
Pemenang pingat emas dalam empat edisi Sukan SEA itu juga mengaku dirinya kini mengalami penat yang melampau.
"Sekarang saya rasa penat sangat dan pening kepala," katanya lagi.
Beliau menambah, tidak menyangka sakit yang dialami kerana COVID 19 seteruk ini.
"Saya tidak pernah rasa seperti itu. Saya tidak menjangkakan (sakit) COVID-19 akan seburuk ini.
"Saya tak pernah rasa macam ni. Saya ingat COVID 19 macam, you know," katanya lagi.
Meski demikian, Irfan yang berada di Leipzig untuk menjalani sesi latihan hanya menjalani kuarantin di kediamannya seorang diri.
Beliau mengatakan masih tidak menerima rawatan di hospital kerana di Jerman, rawatan untuk COVID 19 hanya diberikan kepada pesakit yang benar benar layak.
Sementara itu, dalam kemas kini terbaharunya di akaun Instagram sekitar 22 jam lalu, atlet tersebut turut meminta tips daripada pengguna media sosial yang pernah dijangkiti COVID 19 untuk membantunya sembuh.
"Sesiapa yang ada pengalaman kena COVID 19 atau merawat tolong kongsi dengan saya untuk saya persiapkan diri kerana tiada suhu," pintanya.
Setakat ini kata Irfan beliau yang masih berasa penat, pening dan sedikit sakit pada bahagian tekak, mengambil vitamin C dan beberapa suplement yang lain.
"Saya sangat menghargai perkongsian semua," tutup Irfan bersama emoji hati.
View this post on Instagram
A post shared by Irfan Shamshuddin (@irfan_sham)
Topic Berkaitan
#Malaysia
#Jerman
#Positif
#COVID 19
#Irfan Shamsuddin
#Lempar Cakera
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement