Positif COVID-19 Dari Kontak Rapat, Fara Fauzana; "Jiwa Kacau, Suara Jadi 'Jantan', Rasa Cucuk-Cucuk Kat Belakang"
Amri Hassan
15/11/2021 03:50 MYT
15/11/2021 03:50 MYT
Penyampai radio Fara Fauzana mengesahkan dirinya positif wabak berbahaya COVID-19 selepas menjadi kontak rapat individu yang dikenalinya.
Fara atau lebih dikenali sebagai Fafau, 41, turut memaklumkan telah menjalani kuarantin kendiri sejak Isnin lalu.
"Apabila tahu sahaja saya menjadi kontak rapat, saya terus kuarantin kendiri di rumah sejak Isnin lalu.
"Selepas hari kelima berjumpa dengan kontak rapat, saya buat ujian calitan COVID-19 (PCR) di hospital dan terus pulang ke rumah," maklumnya.
Mencerita lebih lanjut, dia kini yang bekerja dari rumah mengalami beberapa gejala antaranya batuk, sakit tekak dan sakit anggota badan.
"Hari pertama kuarantin selepas dapat keputusan positif COVID-19. Ramai tanya bagaimana keadaan saya, batuk, suara 'jantan', kejap-kejap rasa sakit di belakang kepala (antara telinga dan leher) dan rasa cucuk-cucuk di belakang badan," ceritanya.
Malah, pada tiga hari pertama disahkan positif COVID-19, Fafau mengakui berada dalam keadaan sensitif dan 'jiwa kacau'.
"Waktu tu tak boleh terima lawak sangat dengan sesiapa. Benda lambat pun boleh jadi hal. Tapi sekarang dah okey," tambahnya.
Fafau bagaimanapun telah menghubungi kontak rapatnya meminta mereka membuat ujian calitan dan kuarantin kendiri jika perlu.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!