Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Positif COVID-19, Hafiz Mahamad Reda – “Tuhan Makbulkan Doa Bila Anak Dan Isteri Negatif”

Mya Amri
14/01/2021 02:37 MYT
Personaliti media sosial, Hafiz Mahamad mengesahkan dirinya positif COVID-19 selepas mengambil ujian saringan.

Hafiz memaklumkan perkara itu menerusi posting terbaharu di akaun Instagramnya.

Menurut Hafiz, sebelum ini dia kerap melakukan ujian saringan untuk memastikan keselamatan keluarga namun selepas menerima keputusan ujian, dia reda dengan ujian yang diberikan Tuhan kepadanya.

“Hari ini hari pertama PKP dan hari pertama saya sebagai #PositiveCovid19.

“PKP ni ingat nak menghabiskan masa dengan keluarga dekat rumah sebab sebelum ini jarang ada waktu lapang sepenuhnya.

“Nah, bangun je pagi bila terima keputusan dan terus ambil bag bawa ke bilik bawah untuk saya kuarantin.

“Saya kerap buat ujian saringan untuk pastikan diri saya okay. Balik dari kerja luar negeri atau beri bantuan mana mana pun. Alhamdulilah keputusan masih negatif,” kongsinya.

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)


Bagaimanapun Hafiz menyatakan rasa syukur apabila isteri, Syafiqah Aina dan anak kesayangannya disahkan negatif COVID-19.

“Minggu lalu saya dan keluarga ada juga buat ujian saringan tetapi masih negatif. Tapi hari ini hari pertama PKP saya disahkan positif.

“Alhamdulilah Allah makbulkan doa saya bila isteri, anak dan team saya negatif. Harap awak semua berada dalam keadaan baik tau.

“Mungkin ada kurangnya saya menjaga keselamatan diri. Insya-Allah sama sama kita perbaiki perkara ini.

“Siapa yang masih sihat dan negatif. Jaga diri baik-baik waktu PKP ni, gunakan waktu ni bersama dengan keluarga awak sepenuhnya dekat rumah. Doakan saya dan keluarga baik-baik tau,” coretnya.

Hafiz sebelum ini terkenal sebagai antara individu yang sering memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Antaranya mangsa banjir di Kuala Lipis, Pahang baru-baru ini.
#Personaliti Media Sosial #Instafamous #Hafiz Mahamad #Syafiqah Aina #COVID-19
;