Positif Dadah, Lucinta Luna Ditangkap Polis
Fiza Kamarudin
11/02/2020 11:19 MYT
11/02/2020 11:19 MYT
Penyanyi Indonesia, Lucinta Luna ditahan pihak polis pagi tadi didakwa positif dadah serta memiliki pil ecstacy.
Penangkapan dilakukan selepas ujian saringan air kencing dilakukan di kediamannya di Thamrin City, Jakarta Pusat.
Ketua Pesuruhjaya Pesuruhjaya Hubungan Metro Polis Metro Jaya, Yusri Yunus berkata selain menangkap LL (Lucinta Luna) tiga yang lain turut ditahan.
"Urin Lucinta Luna positif dadah, tetapi tiga lagi negatif,” katanya.
Sebelum ditahan, pihak polis telah menggeledah kediaman Lucinta dan berjaya menemui tiga biji pil ecstacy yang telah dibuang ke dalam bakul sampah.
Lucinta pernah berduet dengan usahawan Datuk Seri Aliff Syukri menerusi lagu berjudul Cowok Baru dan Bobo Di Mana.
Lucinta juga pernah mencetus kontroversi di Indonesia apabila mendakwa dirinya wanita tulen sedangkan orang ramai mendedahkan nama asalnya ialah Muhammad Fatah.
Sumber: suara.com