Anak pelakon Que Haidar, Tengku Ratu disahkan menghidap Influenza A.

Perkara itu dikongsikan Que menerusi sebuah entri di Instagram (IG) miliknya.

"Dalam sakit-sakit kena jangkitan Influenza A, sempat juga Ratu buat handmade phone casing untuk phone dia.

"Pada mata daddy cantik sangat. Get well soon sweety!" tulisnya sebagai kapsyen.

Dalam sakit2 kena jangkitan influenza A, sempat juga Ratu buat handmade phone casing utk phone dia.. pada mata daddy cantik sgt ? get well soon sweety!

A post shared by Tengku Iskhan Shah Tg. Haidar (@the_haidars) on


Dalam pada itu, peminat yang risau dengan keadaan tersebut meninggalkan komen yang mendoakan supaya Ratu kembali sihat.

"Adoi, semoga Ratu kembali sihat. Insya-Allah take care wahai anak comel."

"Oh no! Get well soon Ratu."

"Kesiannya Ratu. Semoga cepat sembuh."

"Doa dari jauh semoga Ratu cepat sembuh insya-Allah. Amin."

"Semoga cepat sembuh Ratu. Cute girl!" antara komen-komen yang ditinggalkan.



Kes Influenza telah mencatat peningkatan berbanding tahun 2019 yang menyebabkan berlakunya kekurangan bekalan pada tahap kritikal terhadap ubat antivirus Oseltamivir.

Ubat yang lebih dikenali sebagai Tamiflu digunakan dalam rawatan kepada pesakit yang dijangkiti virus influenza.

Que Haidar dan guru tari Linda Jasmine telah berkahwin pada 14 Februari 2009.

Pasangan ini dikurniakan dua anak perempuan iaitu Tengku Ratu Haidar, 9, dan Tengku Cleopatra Haidar, 7.

Linda juga mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Qalif Khan hasil perkahwinan sebelum ini.