Penceramah bebas Datuk Mohd Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim telah memuat naik sebuah posting yang telah menjadi tular sehingga mendapat lebih 2300 perkongsian di laman sosial Facebook (FB).
Posting yang dikemas kini Ustaz Kazim pada petang semalam (Ahad) itu turut menerima lebih 1800 komen, rata-ratanya menyokong apa yang dikatakan beliau.
Pada muat naik tersebut Ustaz Kazim telah menyentuh tentang sikap segelintir pengguna laman sosial yang terlalu cepat menilai orang lain.
Antaranya kata Ustaz Kazim, mengenai posting keputusan peperiksaan yang dimuat naik oleh ibu bapa dan kemudiannya dianggap riyak oleh orang lain.
Menurut beliau sifat yang sedemikian tidak sepatutnya ada dalam diri masing-masing kerana, siapalah kita hendak menilai hati orang lain.
Tambahnya lagi, adalah lebih baik bersikap positif kerana persoalan hati adalah urusan kita dengan yang maha Esa.
“Post cerita anak ambik result exam pun dikata riyak..Sampai boleh menilai hati orang adakah itu yang di kata tasawuf..?
“Kalau belajar tasawuf, sifat menilai orang lain tak betul hanya diri sendiri yang betul...Tu dah namanya ujub boleh membawa kepada takbur pula.
“Persoalan hati ni urusan kita dengan Allah. Siapalah kita nak menilai hati orang? Pandang baik kan lebih selamat,” katanya.
Dalam posting tersebut Ustaz Kazim turut memetik potongan ayat daripada Surah Ad Dhuha yang menyebut tentang nikmat Allah SWT.
“Surah Ad Dhuha menyebut tentang nikmat Allah. Bukankah nikmat Allah itu maha luas? Dapat anak juga nikmat.
“Adakah salah memasukkan gambar anak kecil dan memberitahu kelahiran baby itu riyak kerana mengecilkan hati orang yang tak dapat anak?
“Yang dilarang sombong, menunjuk-nunjuk dengan bongkak dan menghina orang lain malah langsung tiada kesyukuran atas nikmat Allah, seolah-olah kejayaan dan kekayaan datang daripada usaha sendiri bukannya daripada Allah, yang tu la riyak...Belajarlah tasawuf lagi ye.
“Rajin-rajinlah solat Dhuha dalam masa yang sama menghayati Surah Ad Dhuha ayat 11.
“Tasawuf letaknya di hati diamalkan dengan amalan yang baik, lidah yang sopan serta tangan yang berhati-hati termasuk menulis di FB.
“Jangan jadi riyak dan 'ujub dengan amalan sendiri. Ngata orang lain riyak tapi dalam wall FB sendiri dok tulis ngaji kat mana, lulusan mana.. yang tu tak riyak pula?
“Bersihkanlah hati kita, jangan tertipu dengan amalan sendiri. Pasni gambar konvo ke, gambar menikah ke jangan masuk dalam FB…Riyak…Kesian pada orang yang tak ada ijazah dan tak ada laki,” tulisnya penuh makna.
Ustaz Kazim beberapa hari lalu telah berkongsi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia anak perempuannya yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Sains Tapah, memperoleh 9A dalam peperiksaan tersebut .
Fiza Kamarudin
Sun Mar 08 2020
Bengang Dengan Kekasih, Influencer Bunuh Diri Sewaktu Bersiaran Secara Langsung
Seorang influencer muda dari Indonesia, Meli Joker mengejutkan pengikutnya apabila melakukan aksi bunuh diri sewaktu bersiaran langsung di akaun Instagramnya beberapa hari lalu.
Sheriff: Ramai Dah Tak Sabar! Tayangan Awal Bermula Hari Ini, Dapatkan Tiket Sekarang
Sheriff memang power! Best!
5 Iklan Raya Paling Meruntun Hati, Diinspirasikan Daripada Kisah Sebenar!
Saban tahun sambutan Hari Raya Aidilfitri turut diserikan dengan pelbagai iklan raya yang dihasilkan oleh syarikat produksi tempatan atau agensi itu sendiri.
Tampil Dengan Imej Berhijab, Lana Nodin Masih Dalam Fasa Percubaan - “Saya Bersama Keluarga Berubah Ke Arah Lebih Baik”
Alhamdulillah...
Sofia Jane Teruja Bawa Watak Zaiton Dalam Filem ‘Mencari Ramlee’ - “Bila Dapat Skrip, Saya Suka Kerana…”
Tak sabar nak tengok!
Kes Tertinggal Flight Sebab Boarding Pass Tak Tunjuk AM-PM, Zarul Umbrella; "Benda Simple Selalu Kita Lalai..."
Gara-gara tersilap melihat paparan waktu di tiket kapal terbang, seorang pelajar yang berasal dari Sabah tertinggal penerbangan. Perkara itu terjadi apabila tiket penerbangan yang disangkakan dijadualkan pada jam 1.15 tengah hari (PM) rupa-rupanya adalah pada jam 1.15 pagi (AM). Kisah yang terjadi pada gadis berkenaan dikongsikan oleh abangnya
Content “Rempit” Views Melangit Tinggi, Marketing Untuk Andyoso, Ammor & Teah? | Motif Trending
Korang pernah layan tak content dorang dekat YouTube? Min layan pun sengih sorang sorang.
GMW: Motif Trending
️ Setiap Isnin
Eksklusif di gempak.com/gempakmostwanted
Kedudukan Terkini Top 5 Carta Mingguan Gempak Most Wanted
️ Setiap Isnin hingga Jumaat
⏰ 11 malam
Astro Ria dan Astro GO
Undi calon fav di gempak.com/gempakmostwanted
#MotifTrending
#GMWMotifTrending
#GempakMostWanted
#GempakMostWanted2024
#AstroBaharu
#TakMacamDulu
GMW: Motif Trending
️ Setiap Isnin
Eksklusif di gempak.com/gempakmostwanted
Kedudukan Terkini Top 5 Carta Mingguan Gempak Most Wanted
️ Setiap Isnin hingga Jumaat
⏰ 11 malam
Astro Ria dan Astro GO
Undi calon fav di gempak.com/gempakmostwanted
#MotifTrending
#GMWMotifTrending
#GempakMostWanted
#GempakMostWanted2024
#AstroBaharu
#TakMacamDulu
Shaheizy Sam Tak Suka Watak Zarif Dalam ‘Takdir Itu Milik Aku’ - “Saya Tak Bagi Anak-Anak Tengok, Takut Nanti Mereka…”
Ramai kecam watak Zarif.
Pertandingan Pakaian Beragam Janda-Janda Dibatalkan - "Sebenarnya Ia Hanya Acara Suka-Suka"
Pertandingan Pakaian Beragam Janda-Janda Temerloh yang dijadualkan berlangsung di Taman Tasik Chatin, Mentakab, Pahang, pada Ahad ini, telah dibatalkan.
Leona Terkejut Netizen Tegur Pelat, Azhar Sulaiman Respons - “Leona Macam Ni Sebab Ianya Adalah Sejenis Penyakit Keturunan”
Anak kepada pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona akui dia merasa terkejut apabila menerima kritikan daripada netizen mengenai pertuturannya dalam bahasa Melayu yang dikatakan pelat.