“Post Berunsur Fitnah, Aibkan Nama Saya…” - Lan Pet-Pet Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang
Fiza Kamarudin
11/08/2021 12:15 MYT
11/08/2021 12:15 MYT
Susulan dikaitkan dengan sebuah video tular baru-baru ini, pelawak Lan Pet-Pet bakal mendapatkan khidmat nasihat daripada peguam untuk tindakan selanjutnya.
Lan Pet-Pet menerusi hantaran di laman sosial Instagram (IG)nya berkata, ciapan yang dibuat oleh seorang warga Twitter itu mengaibkan dirinya dan berunsur fitnah.
“Memandangkan post-post yang berunsur fitnah dan telah mengaibkan nama saya, jadi saya akan mendapatkan khidmat nasihat dari peguam saya untuk tindakan selanjutnya.
“Saya akan jemput rakan media untuk memberi penjelasan lanjut mengenai video yang tular tersebut,” katanya.
Terdahulu, tular di laman Twitter sebuah video memaparkan seorang individu dikatakan mirip seorang pelawak terkenal dalam keadaan mencurigakan.
Ciapan dari seorang warga Twitter yang memuat naik video tersebut kemudiannya mencetus spekulasi mengaitkan nama Lan Pet-Pet.