HIBURAN
Post Konten ‘Random’, Akaun Kedua Khairul Aming Buat Netizen Terhibur - “Dah Rosak Ke Lepas Raya…”
Akaun Instagram kedua usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming berjaya mendapat perhatian ramai.
Menerusi akaun @khairulamingtoo, Khairul Aming atau lebih dikenali sebagai KA dilihat lebih fokus memaparkan kandungan yang ‘random’ dan kelakar sekaligus memaparkan sisi berbeza usahawan tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur selepas melihat pelbagai konten lucu yang dipaparkan oleh KA.
“Ni akaun untuk perangai random KA. Dah rosak ke lepas raya.
“Betul la KA cakap akaun ni untuk content random dia tapi tak sangka dia punya random macam ni.
“Kenapa random sangat ni ya Allah, stress sebab student tahun ni bukan biashe biashe eh,” komen beberapa netizen.
Setakat artikel ini ditulis, akaun Instagram kedua KA telah mendapat sebanyak 800,000 pengikut di TikTok.
Must-Watch Video