Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Poster Ah Long Tawar Pinjaman Tergantung Di KLCC, Bertebaran Di Bukit Bintang? Netizen Terkejut - “Tak Pernah Di Buat Orang..”

Umirah Halim
09/09/2024 11:23 MYT
Kecoh baru-baru ini di media sosial apabila poster pinjaman wang mendominasi di kawasan sekitar Kuala Lumpur termasuk KLCC, Bukit Bintang, Petaling Street, Pasar Seni dan banyak lagi.

Menerusi perkongsian beberapa pengguna di media sosial, dapat dilihat poster berkenaan tergantung di kawasan tersebut.

Malah, ada juga yang berkesempatan merakamkan video poster tersebut ‘terbang’ dan bertebaran di kawasan Bukit Bintang.

Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian apabila poster tersebut turut memaparkan wajah pelawak popular tanah air iaitu Johan, Zizan dan Datuk Afdlin Shauki.

Susulan itu, timbul tanda tanya dalam kalangan netizen kerana ada yang mendakwa situasi tersebut hanya gimik untuk filem semata-mata.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

A post shared by Mohamad Hanis (@hanshanis)

“Saya dapat video ni dari group whatsapp. Ni betul-betul ke? Ke video gimmick? Kat KLCC pulak tu.

“Tak pernah dibuat orang promo filem kat KLCC.

BERITA TRENDING: “Pakcik Jangan Jerit..” - Pu Riz Terkejut, Sedih Di

​BERITA TRENDING: Nani Roslan Jadi Emosi Baca Komen Ibu Bapa

​BERITA TRENDING: Tular Video Da’i Syed Betulkan Tudung Isteri Sambil Tersenyum, Undang Pelbagai Reaksi Netizen - “Buatlah Pilihan Terbaik Selepas Ini, Nak Stay Atau…”

​BERITA TRENDING: Raysha Rizrose Tayang ‘Baby Bump’, Kini Hamil



“Langsi betul Ah Long ni. Tapi ada muka Johan ngan Zizan kat situ? Adakah Jozan is back?,” tulis beberapa pengguna menerusi ruangan kapsyen.
#Jozan #KLCC #Baik Punya Ah Long #Poster #Ah #Long #Bukit Bintang