,
Laman Utama

Poster Teruk Dikritik, Produser Komen - “Cakap Dorang Betul, Warna, Font, Saya Terima Tapi…”

Mya Amri
09/11/2021
09:19 MYT
Penerbit Budak Kripto, Zamzuri Mohammed Tahir menerima kritikan netizen terhadap rekaan poster filem itu dengan hati yang terbuka.
Menurut Zamzuri sebagai seorang pemain industri, dia harus menerima komen-komen yang diberikan tidak kira sama ada baik atau buruk.
“Saya tengok feedback yang diberikan, saya tak kata apa-apa pun tapi hasilnya ramai juga yang tengok video tu.
“Saya faham, kalau nak terlibat dengan bidang ini saya kena terima segala bentuk maklum balas yang diberikan.
“Betul kata dorang, dari segi warna ke, pemilihan bentuk tulisan (font) ke, atau apa sahaja saya terima.
“Tapi mereka kena faham juga sebab poster ini mempunyai penjelasan tersendiri mengapa ia direka seperti itu,” katanya ketika ditemui Gempak sewaktu majlis pra tonton Budak Kripto yang berlangsung di TGV Sunway Pyramid pada Isnin.
Mengulas lanjut mengenai rekaan poster, Zamzuri berkata terdapat mesej ingin disampaikan yang berkaitan dengan skim cepat kaya.
Budak Kripto menyentuh tentang skim cepat kaya di mana topik itu pernah menjadi bualan ramai sekitar tahun 90-an.
“Kalau perasan pada waktu itu jugalah filem DVD menjadi popular dan secara tidak langsung berkaitan dengan poster itu.
“Kalau diperhatikan penampilan pelakon utamanya di poster iaitu Zam Azmi yang memegang watak Putra seolah-olah bergaya seperti perompak tidak ada dalam filem.
“Itulah sebenarnya yang ingin ditonjolkan di mana watak Putra itulah yang ‘merompak’ duit orang kampung melalui skim cepat kaya.
“Selain itu, ini juga merupakan strategi pemasaran di mana kami menggunakan teknik reverse psychology (psikologi berbalik) untuk filem ini.
“Memang saya sengaja mahukan orang bercakap tentang filem dan secara tidak langsung mereka juga akan tahu wujudnya filem Budak Kripto.
“Kini trailer Budak Kripto sudah mencecah hampir 50,000 tontonan dalam masa yang singkat, maknanya teknik itu berjaya.” jelasnya.
Budak Kripto dibintangi oleh pelakon baru, Zam Azmi dan Nurul Hida di samping barisan pelakon lain antaranya Allahyarham Mamat Mamat Khalid, mendiang Acappan, A Galak, Liza Abdullah dan ramai lagi.
Terdahulu, poster filem Budak Kripto menerima kecaman warganet yang rata-ratanya menganggap rekaannya ketinggalan zaman selain mendakwa dilakukan dengan sambil lewa.
***Dapatkan berita terkini, cepat dan mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah undi artis kegemaran di AME2021? Klik banner di bawah untuk mengundi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dah Setuju Terima ‘Job’ Tapi Penerbit Hilangkan Diri, Kodi Rasheed Rasa Diri Teraniaya - “Kalau Kau Tak Nak, Kenapa Offer Dari Awal”

gempak
10/10/2024
03:55 MYT
Pelakon Kodi Rasheed mendedahkan dia sudah banyak kali dianiaya oleh penerbit yang pada mulanya menjanjikan tawaran berlakon namun secara tiba-tiba menghilangkan diri.
Filem

Rachel Tan Kongsi Cabaran Pembikinan Filem Hollywood, Sight - “Adakalanya 16 Jam”

gempak
05/08/2024
07:30 MYT
Bekas ratu cantik Malaysia yang kini bergelar penerbit di Hollywood, Rachel Tan berkongsi tentang filem terbitannya berjudul, Sight.
Hiburan

Cari Kelainan, Penerbit Filem 'Siapa Buka Lampu?' Pilih Pengarah Indonesia - "Saya Mahu Sesuatu Yang Mudah Diterima Penonton"

gempak
06/07/2024
09:49 MYT
Demi menyuntik kelainan dalam filem Melayu sulungnya, penerbit Punnagai Poo Gheetha daripada SG Entertainment & Advertising memilih sutradara Indonesia, Reka Wijaya sebagai pengarah filem Siapa Buka Lampu?
Hiburan

Filem Punjabi Tempatan Saazish Kena Sabotaj? - "Saya Terkejut Bila Dapat Tahu..."

gempak
03/07/2024
04:53 MYT
Penerbit filem, S Baldev Singh mendakwa filem Punjabi tempatan pertama terbitannya berjudul Saazish ‘disabotaj’ berikutan jadual penayangan bertembung dengan satu filem import Punjabi.
Hiburan

Hampir Mati! David Teo Dakwa Disihir Keluarga Terdekat - "Ustaz Kata Individu Itu Hantar Lintah Ke Dalam Badan"

gempak
01/05/2024
09:55 MYT
Penerbit terkenal tanah air, David Teo mendakwa pernah disihir oleh ahli keluarga sendiri sehingga hampir meragut nyawanya. Menurut David, simptom-simptom dirinya disihir berlaku selepas menghadiri majlis pengebumian mendiang bapanya di Segamat, Johor, enam tahun lalu. "Dua minggu selepas balik dari Segamat, saya mula tak dapat tidur dan pening
Unitar