Potong Alat Sulit Suami, Terus Campak Buang! Isteri ‘Naik Hantu’ Bila Dapat Tahu…
24/03/2022 11:39 MYT
Malang buat seorang lelaki apabila isterinya bertindak memotong alat kelaminnya dalam satu insiden di sebuah rumah.
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di Son La, Vietnam apabila wanita tersebut mendakwa lelaki berkenaan melakukan gangguan seksual.
Tambah mengejutkan gangguan itu dibuat terhadap anak tirinya yang baru berusia 15 tahun.
Menerusi laporan Kompas.com, tindakan terkutuk lelaki berkenaan terdedah apabila wanita tersebut memasang CCTV di bilik tidur anaknya.
Menurut wanita itu, suaminya dikatakan telah berulang kali melakukan gangguan seksual sekitar 20 Mac lalu.
Susulan itu, wanita tersebut mengambil tindakan drastik apabila memotong kemaluan suaminya lalu membuang alat sulit berkenaan.
Pun begitu, dia kemudian tampil menyerah diri kepada pihak polis selepas melakukan tindakan ‘luar biasa’ itu.
Wanita tersebut kemudian ditahan untuk siasatan lanjut manakala suaminya pula telah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.
Sumber : Kompas.com