Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

Potong Rambut Gaya Buzz Cutt, Netizen Terpesona Tengok Zamarul Hisham - “Okay, Handsome To The Max”

Asyraf Roslan 24/12/2024 | 01:55 MYT
Pelakon, Zamarul Hisham berjaya mencuri perhatian apabila tampil dengan gaya rambut baharu.
Berkongsi momen sedang memotong rambut di sebuah kedai gunting rambut, Zamarul atau nama lengkapnya Zamarul Hisham Mohamed,53, berkata ini adalah pertama kali dia mencuba potongan rambut gaya ‘buzz cut’.
“Pertama kali potong gaya ‘buzz cut’ seumur hidup.
“Alang-alang dah pendek ini kita try je lah,” katanya di ruangan kapsyen.
Menerusi perkongsian di TikTok itu membuatkan netizen terpesona melihat ketampanan pelakon yang popular dengan filem I Know What You Did Last Raya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji penampilan baharu Zamarul yang menampakkan suami kepada penyanyi, Diana Rafar itu kelihatan lebih muda.
“Jadi muda remaja dah.
“Ok ? handsome to the max.
“Nampak muda 10 tahun.
“Memang yang muda tak boleh cari makan la kalau abg zamarul buzz cut,” kata netizen.
Pada masa sama, ada juga netizen berkata Zamarul sudah boleh menyertai komuniti Old Money dengan gaya baharunya itu.
“Nampak muda la bang? boleh join old money dh tu,” ujar netizen di ruangan komen.
#Potong Rambut #Zamarul Hisham #Buzz Cutt
;