Laman Utama

“Potong Salah, Tak Potong Salah” - Tolak Gaji Menteri 3 Bulan, Ramai Puji Usaha ‘Abah’

gempak
Hanafis Haris
01/06/2021
00:00 MYT
Sponsor Banner
“Potong Salah, Tak Potong Salah” - Tolak Gaji Menteri 3 Bulan, Ramai Puji Usaha ‘Abah’

Pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan semua Menteri dan Timbalan Menteri tidak akan mengambil gaji selama tiga bulan ternyata mencetuskan perbualan ‘hangat’ netizen.

Menurut Muhyiddin, perlaksanaan itu akan bermula Jun 2021 dan tindakan itu sama seperti diamalkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan 1.0 (PKP 1.0) yang dikuatkuasakan pada Mac tahun lepas.

Menerusi pemantauan Gempak, reaksi netizen dilihat bercampur baur.

Ada yang bersetuju, namun tidak kurang juga yang masih mempertikaikan usaha kerajaan.

Walau bagaimanapun, rata-ratanya masih bersikap positif dan menyokong penuh tindakan tersebut.

Ini kerana wang berkenaan akan disumbangkan ke Akaun Amanah Bencana sebagai membiayai perbelanjaan berkaitan COVID-19.

“Complaint apa lagi korang ni, bagus apa PM dan menteri berpakat tolak gaji”

“Dah potong salah, tak potong salah”

“Banyak menteri weh, bagus la sayangkan rakyat,” tulis beberapa netizen.

BACA :Umum Menteri & Timbalan Menteri Tolak Gaji, PM Hanya Rayu Rakyat Stay At Home

Terdahulu, kerajaan mengumumkan bantuan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (Pemerkasa PLUS) berjumlah RM40 bilion, melibatkan suntikan kewangan RM5 bilion daripada kerajaan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bantuan itu berlandaskan tiga matlamat utama iaitu Mempertingkatkan Kapasiti Kesihatan Awam, Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat dan Menyokong Kelangsungan Perniagaan.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024