Pelawak Vicha berkongsi pandangan positif mengenai pembedahan bariatrik, meskipun ada yang mengecam tindakan segelintir selebriti melakukan prosedur tersebut.

Vicha ketika dihubungi Gempak berkata, pembedahan bariatrik selalunya menjadi pilihan pesakit obesiti untuk menurunkan berat badan.

“Bagi saya, pembedahan ini dilihat sebagai salah satu kaedah penurunan berat badan terbaik malah berkesan.

“Jika itu yang terbaik untuk kesihatan pesakit obesiti apa salahnya. Janganlah kita terlalu negatif.

“Terpulang kepada masing-masing kerana itu hak mereka dan mereka tahu apa yang terbaik untuk kesihatan mereka”, katanya.



Mengulas mengenai penurunan berat badannya sebanyak 15kg, Vicha berkata dia nekad demi kesihatan.

“Saya nekad turunkan berat badan demi kesihatan diri, disamping untuk kepuasan sendiri juga.

“Saya fokus bersenam dan dalam masa sama mengambil produk Fabulousboom untuk mengawal nafsu makan.

“Alhamdulillah, Fabulousboom memang banyak membantu kerana saya ni memang suka makan.

“Yang penting produk ini selamat dan sehingga kini saya masih mengamalkan Fabulousboom,” katanya.

Tambah Vicha lagi apa yang membuatkan dia jatuh cinta dengan produk tersebut ialah kerana bahan-bahan semulajadi yang digunakan.

“Tak ada bahan kimia, itu paling penting. Dan ia meningkatkan metabolisma badan saya yang dah lama ‘tidur’.

“Sebab itu kalau anda tengok saya bersenam peluh keluar dengan banyak! Alhamdulillah Fabulousboom serasi dengan saya,” katanya yang sudah mengamalkan produk tersebut sejak sebulan lalu.

Menjawab dakwaan warganet mengenai Vicha menguruskan badan kerana mahu mencari jodoh, pelawak berasal dari Indonesia ini menafikannya.

“Tak adalah...saya memang nak sihat dan untuk kepuasan diri sendiri sahaja tapi kalau ada yang cakap macam tu, terpulanglah.

“Lagipun apa salahnya saya kurus untuk kepuasan diri saya sendiri. Badan pun rasa lebih sihat segar dan yang penting nampak lagi comel la berbanding dulu” katanya ketawa.