Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Potongan Rambut Profesional Pertama, Netizen Tak Keruan Dengan Kecomelan Jebat Jayden

Hanafis Haris 07/11/2019 | 05:56 MYT
Anak kepada pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila Mohd Noor iaitu Jebat Jayden sekali lagi mencuri perhatian netizen dengan gelagat comelnya.

Menerusi satu posting di Instagram Nabila, dia memuat naik beberapa gambar Jebat yang sedang menikmati gaya potongan rambut daripada tukang gunting rambut profesional.

Malah gelagat Jebat yang leka bermain bedak sambil rambutnya dipotong oleh tukang gunting rambut tersebut juga mencuit hati netizen.

"Gaya potongan rambut pertama oleh profesional untuk boss kecil ini," tulis Nabila ringkas sebagai kapsyen.

Menerusi ruang komen, rata-rata netizen tidak keruan dengan gaya comel Jebat.

Tidak kurang juga yang tertarik dengan kaedah Nabila menggunakan bedak untuk mengalih perhatian Jebat.

Anda boleh lihat video tersebut di bawah.

First professional haircut untuk boss kecik ni... thank you @chezhamdan @chezhairstudio_pro_hair_team ... ⭐️⭐️⭐️

A post shared by Noor Nabila (@noornabila) on

Untuk rekod, Jebat dilahirkan pada 30 Ogos 2018 hasil perkahwinan Sharnaaz dan Nabila yang didirikan pada 31 Mac 2017.

Namun pada 31 Ogos lalu, Noor Nabila Mohd Noor mengesahkan sudah memfailkan perceraian terhadap pelakon itu.

Kemudian pada 11 September, Mahkamah Rendah Syariah memerintahkan pasangan itu perlu menjalani proses Jawatan Kuasa Pendamai (JKP).

Kemelut perkahwinan antara Sharnaaz dan Nabila memasuki episod baharu apabila pelakon itu memfailkan permohonan nusyuz pada 30 September baru-baru ini.

#Nabila #Sharnaaz #Jebat
;