Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Power! 5 Filem Astro Shaw Raih 12 Pencalonan di Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2019

Kamaruddin Razal
13/01/2020 13:49 MYT
Lima filem terbitan Astro Shaw, Pusaka, Sangkar, Wira, Misteri Dilaila dan Polis Evo 2 menerima 12 pencalonan dalam Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2019.

Berita gembira itu disampaikan menerusi laman Instagram rasmi Astro Shaw.

"TAHNIAH Filem #Pusaka, #Sangkar, #Wira, #MisteriDilaila dan #PolisEvo2 di atas pencalonan dalam Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2019! Semoga berjaya semua!" tulis pengendali akaun Astro Shaw.

Senarai pencalonan penuh filem-filem terbitan Astro Shaw adalah seperti berikut:

TAHNIAH Filem #Pusaka , #Sangkar , #Wira , #MisteriDilaila & #PolisEvo2 di atas Pencalonan dalam Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2019!!! Semoga Berjaya semua?!!!

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on


Penerima anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2019 mengikut kategori masing-masing akan dimaklumkan pada awal bulan Februari 2020.



Setakat ini, Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2019 mendapati terdapat sekurang-kurangnya 57 filem yang melalui skim wajib tayang dan telah ditayangkan pada bulan September 2018 hingga Disember 2019.

Difahamkan, semuanya telah melalui pertimbangan dan penelitian khusus.

Untuk melihat senarai pencalonan penuh, klik di SINI.
#Astro Shaw #Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2019
;