Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Power Betul! AirPods Ini Masih Berfungsi Walaupun Telah Dicerna

Hanafis Haris
03/05/2019 14:50 MYT
Sejak Apple Inc mengumumkan ketiadaan port audio 3.5mm bagi kesemua peranti baru mereka, semua pengguna telah beralih kepada AirPods.

Pengunaan AirPods secara meluas menjadikan ia antara paling popular di pasaran.

Menariknya tentang AirPods ini, ia telah dikenal pasti kalis kepada proses pencernaan manusia! Semuanya gara-gara insiden tertelan AirPods yang berlaku ke atas seorang individu dari Taiwan iaitu Ben Hsu.

Difahamkan insiden itu berlaku selepas Ben Hsu menyedari kehilangan satu daripada fon telinga AirPods.

Apabila menggunakan sistem pencarian, dia kemudian mendapati terdapat bunyi muncul dari tubuh badannya. Selepas menjalani imbasan x-ray di hospital, doktor mengesahkan terdapat AirPods pada bahagian ususnya.

Doktor kemudian memberikan julap bagi membolehkan fon telinga terbabit keluar menerusi sistem pencernaan.

Selepas sehari, AirPods kemudian berjaya dikeluarkan dari tubuh bersama najis.

Lebih mengejutkan lagi, ia masih berfungsi dengan baik, malah masih mempunyai 41 peratus kadar bateri.

Doktor terbabit kemudian menjelaskan bahan plastik yang licin pada permukaan AirPods menjadi faktor utama mengapa usus Ben Hsu tidak tercedera.

Jadi jika anda tertelan AirPods, janganlah bimbang!

#Apple #Gajet #Iphone #Airpods
;