Biarpun telah ditayangkan sejak 16 Julai lalu, Keluarga Iskandar The Movie (KITM) terus mengungguli carta Astro First apabila kekal di kedudukan pertama.

Hampir empat minggu di Astro First, tempoh ini bukanlah mudah untuk dikekalkan tambahan pula buat filem tempatan.

Malah, kemasukan filem baru seperti Penguin dan Superbike pun masih gagal memintas kehebatan KITM.

Perkara itu turut dikongsi menerusi satu posting di Instagram Astro Shaw, baru-baru ini.

“Keluarga Iskandar The Movie masih lagi di tangga teratas Carta gaiss!

“Korang dah tengok belum? Kalau belum jom hari ni boleh tonton okay,” kata pengendali akaun tersebut.

Untuk rekod, KITM mengisahkan Keluarga Iskandar merancang untuk konvoi bersama ke majlis perkahwinan Faris iaitu bekas teman lelaki Adibah di Pontian, Johor.

Walaubagaimanapun perjalanan ke majlis Faris agak lambat kerana Mak Jah asyik memaksa keluarganya menyinggah ke setiap satu rumah sepanjang perjalanan ke Pontian.

Akibat terlalu bosan, Princess dan Dardar telah merancang untuk ke taman tema tanpa pengetahuan keluarga mereka.

Kehilangan mereka berdua telah menggemparkan keluarga Iskandar.

Temui karakter-karakter kesayangan anda menerusi filem KITM yang ditayangkan terus ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480.