Power! Filem Pusaka Raih RM2 Juta Dalam Masa 4 Hari Tayangan!

Kamaruddin Razal
November 4, 2019 11:47 MYT
Filem Pusaka arahan Razaisyam Rashid meraih kutipan sebanyak RM2 juta dalam masa empat hari tayangan!
Berita terbabit disampaikan menerusi Instagram rasmi Astro Shaw.
"Alhamdulillah #FilemPusaka berjaya mengutip RM2 juta dalam masa empat hari tayangan!
"Terima kasih atas sokongan anda! Dapatkan tiket #PUSAKA anda sekarang!" tulis pengendali akaun terbabit.
Mula berada di pawagam semenjak 31 Oktober lalu, filem ini mendapat respon yang sangat baik dari peminat filem tempatan.
Malah, ada juga yang menonton filem ini lebih daripada dua kali.
Filem Pusaka merupakan karya terbaru terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Director's Think Thank dan dipersembahkan oleh produksi Alpha 47.
Mendapat sentuhan pengarah berbakat, Razaisyam Rashid, filem ini membariskan bintang-bintang hebat.
Filem ini menampilkan pelakon hebat seperti seperti Syafiq Kyle, Mimi Lana, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Faizal Hussein, Sweet Qismina, Hafidz Roshdi, Aleza Shadan, Yuna Rahim dan ramai lagi.
Jangan lupa saksikan filem Pusaka di pawagam bermula 31 Oktober ini!
Untuk lebih informasi mengenai filem Pusaka, layari laman Facebook, YouTube, Twitter dan Instagram Astro Shaw.
#Pusaka #Filem Pusaka