Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

“Power Magik Suraya Ni..” - Netizen Terhibur Drama Bersiri Ex Aku Pontianak, Tunggu Episod Minggu Depan!

Azwa Rahman
10/03/2022 09:21 MYT
Sebuah drama bersiri di bawah Gempak Original Series, Ex Aku Pontianak telah menemui penonton dengan episod kelapan pada malam ini. 

Drama bergenre komedi seram ini menampilkan barisan pelakon seperti Ikmal Amry, Elizabeth Tan dan Raysha Rizrose, Alicia Amin, Maya Hanum Fikhree Bakar, Nabil Zakaria dan Arwan.

Bukan itu sahaja, drama ini juga diserikan dengan pelakon handalan seperti Fatimah Abu Bakar dan Datuk Malek Noor serta penampilan nama-nama besar selaku cameo seperti Amber Chia dan pelumba negara Alex Yoong.

Dalam episod semalam, pemburu pontianak Suraya bertungkus-lumus mencari azimat Bella bagi menghapuskan pontianak tersebut. 

Suraya dan Malik akhirnya terjumpa peti besi milik Bella setelah pecah masuk rumah pontianak tersebut. 

Di laman Twitter, ramai wargamaya terhibur menyaksikan episod kelapan tak sudah tidak sabar menunggu minggu depan. 

“Pontianak dah lama rancang, kita je yang lalai  #ExAkuPontianak,” komen seorang wargamaya. 

“Kemain ada consent nak jadi kan pontianak kepada manusia. Dah macam deal dengan lawyer #ExAkuPontianak,” ujar seorang wargamaya.

“hahahaha aku sudah tahu apa azimat Bella.. dia pakai setiap hari kot azimat tu start dari episode 1 hingga episode 8. Masa dia masuk u pun dia pakai azimat tuu.. cuma masa tidur dengan Jay dan Fifi je dia tak pakai #ExAkuPontianak,” teka seorang wargamaya.

“power magic Suraya ni #ExAkuPontianak,” tulis seorang wargamaya lagi. 

Diilhamkan oleh Anwar Hadi, drama terbitan syarikat produksi Red Comm ini Shamyl Othman selaku sutradara dan sokongan panel penulis skrip yang terdiri daripada Sharmaine Othman, Suzanne Ong dan Akmal Nahar.

Jangan lupa saksikan drama bersiri Ex Aku Pontianak pada setiap hari Rabu, jam 9.30 malam mulai 19 Januari 2022 secara eksklusif di saluran Astro Ria (104). 

Ia turut boleh distrim menerusi portal Gempak, aplikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
 
#Elizabeth Tan #Raysha Rizrose #Ex Aku Pontianak