VIRAL

Power Of Sedekah! Prince Syed Kongsi Rezeki RM800,000 Dengan Followers, Rumah Anak-Anak Yatim - "Lagi Banyak Kita Bagi, Lagi Banyak Allah Balas"

Amri Hassan 08/08/2025 | 06:25 MYT
Personaliti media sosial dan usahawan sensasi, Prince Syed sekali lagi menarik perhatian ramai apabila mendedahkan telah menyumbangkan lebih RM800,000 kepada pengikut bertuah serta rumah anak-anak yatim menerusi sesi live di TikTok sepanjang bulan ini.

Menurut Prince Syed, wang tersebut bukan sekadar diberikan secara rawak, malah turut digunakan untuk melunaskan hutang pembelian tanah serta menaik taraf infrastruktur rumah anak-anak yatim, yang menjadi antara misi utamanya ketika ini.

"“Kalau kita bagi, Allah akan balas. Bukan manusia. Dan Dia balas berkali-kali ganda," ujarnya kepada Gempak.

Dalam satu sesi live, Prince Syed mendedahkan pernah memberi RM75,000 kepada pemenang secara langsung.

"Waktu tu tengah call pemenang, tiba-tiba isteri saya cakap ada orang telefon pasal emas. Harga emas tengah melonjak, dan saya terus dapat keuntungan besar. Macam tak masuk akal, tapi itulah kuasa sedekah.

“Kadang-kadang saya buat content, selit duit dalam tudung atau dalam produk. Ada yang beli dua tudung, satu untuk kawan Melayu, dan terus dapat hadiah wang tunai, ada yang dapat gelang emas RM35,000. Siapa sangka, kan?” kongsinya.

Prince Syed juga mendedahkan ada syarikat yang menawarkan hingga RM300,000 untuk review produk, sedangkan dia pada mulanya hanya memberi RM3,000 kepada pengikut sebagai tanda kongsi rezeki.

Menurutnya lagi, ada ramai penerima bantuan yang menangis kegembiraan dari golongan OKU, individu yang hampir dihalau dari rumah, hingga yang bergelut dengan tunggakan kereta.

"Bagi je… insya-Allah akan datang balik. Sekarang ni ramai pula panggil saya buat review, mungkin lepas ni jadi duta produk pula,” katanya berseloroh.

undefined

Bagi Prince Syed, kekayaan dan populariti bukan sekadar untuk ditayang, tetapi dimanfaatkan untuk memberi.

“Saya selalu tayang harta, tapi orang tak tahu di sebalik tu, saya bersedekah. Itu rahsia kaya raya saya,” ujarnya yang kini kerap membuat siaran langsung live di TikTok setiap malam.
#Viral #Rezeki #Sedekah #anak yatim #Harta #Prince Syed