Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

The Power of Tok Ti! Dipuji Orang Luar, MV Siapa Tak Mahu Mencecah 800 Ribu Tontonan Kurang 24 Jam

Asraf Aided
18/10/2020 11:55 MYT
Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua yang telah memberi sokongan dan menonton video muzik lagu terbaharunya, Siapa Tak Mahu di YouTube miliknya.

Siti berkongsi mengenai perkara itu menerusi akaun Instagram miliknya semalam.

"Dilancarkan malam tadi, video muzik #SiapaTakMahu telah mencecah 500 ribu tontonan, terima kasih semua," tulisnya semalam.

Malah sekitar enam jam lalu. melalui Instagramnya, Siti berkongsi reaksi seorang pendengar luar negara yang terpaut dan menikmati lagu serta muzik video Siapa Tak Mahu.

Melalui video yang direpost tersebut, wanita kulit hitam itu terlihat teruja mendengar lagu milik Siti yang tidak difahaminya.

"Ini adalah sebuah lagu yang sangat indah dan MVnya sangat memukau. Oh Siti Nurhaliza terlalu cantik!," ucap wanita itu penuh teruja.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Seronok tgk reaksi orang luar bila buat reaction lagu kita. Betullah, muzik itu boleh menyatukan walaupun kita tak faham pun apa maksudnya. Thank you for the positive reviews, Clevy.❤️❤️ @clevy_umoh #Repost @fivexull with @make_repost ・・・ Siti Nurhaliza - Siapa Tak Mahu (Official Music Video) Reaction By : Clevy Umoh Reactions YouTube

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on


Sementara itu pada kolum caption, Siti dilihat menulis: "Seronok tengok reaksi orang luar bila buat reaction lagu kita.

"Betullah, muzik itu boleh menyatukan walaupun kita tak faham pun apa maksudnya."

Dalam pada itu, Siti juga mengajak orang ramai untuk terus menonton, berkongsi dan terus memberikan sokongan terhadap video muzik yang dimuat naik di akaun Siti Nurhaliza di YouTube itu.

"Ramai yang bertanyakan mengenai trending, team saya bersama label & YouTube expert mengambil berat untuk mengenalpasti, tak mengapa, kita fokus terus, tonton, like share dan jangan lupa subscribe ya!

"Terima kasih kepada semua yang telah menonton dan memberikan ucapan positif di atas pelancaran video muzik ini," tulisnya lagi.

Terkini, menerusi pemerhatian Gempak, video muzik tersebut telah mendapat 783,675  tontonan setakat artikel ini ditulis.

Menjengah ruangan komen entri berkenaan, rata-rata peminat Siti turut berkongsi keterujaan dan menyukai lagu terbarunya itu.

Pada masa yang sama, ramai juga yang mengucapkan tahniah kepadanya.



 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Dilancarkan malam tadi, video muzik #SiapaTakMahu telah mencecah 500 ribu tontonan, terima kasih semua❤️❤️❤️ Ramai yang bertanyakan mengenai trending, team saya bersama label & youtube expert mengambilberat untuk terus mengenalpasti. Tak mengapa, kita fokus terus, tonton, like, share dan jangan lupa subscribe ya! Terima kasih kepada semua yang telah menonton dan memberikan ucapan positif di atas pelancaran muzik video ini ??




Instagram: @ctdk
#Siti Nurhaliza #Siapa Tak Mahu