Di kala dunia dilanda pandemik, keselamatanlah yang paling penting untuk kita semua. Oleh sebab itulah, empat penyanyi hip hop popular iaitu DJ Cza, Tuju, Loca dan MK telah bersetuju untuk melancarkan single berjudul Veto keluaran Def Jam Recordings Malaysia.

Mereka memberitahu bahawa setiap seorang daripada mereka terpaksa berhadapan dengan pelbagai halangan untuk berada di tahap yang mereka kecapi sekarang.

Dan satu perkara yang membezakan perjuangan mereka adalah semangat kental yang menghalang mereka dari berputus asa.

Saat ditanya apa erti ‘Veto’ pada mereka, masing-masing semua sepakat mengatakan ia membawa erti ‘kuasa’.

Jika fokus untuk mencapai tujuan dan matlamat, sesukar mana pun cabarannya, kita akan berjaya. Seperti yang dijelaskan DJ Cza, Veto adalah lagu berunsur motivasi, dan rimanya membangkitkan semangat.

Ia seolah-olah menciptakan sesuatu daripada kosong dengan cara berfikiran positif dan tidak menoleh ke belakang”. Semangat kental ini ketara dalam lagu ini sehinggalah irama muziknya.

Menurut Tuju, Veto diilhamkan dari lagu “Dior” oleh bekas bintang hip-hop Pop Smoke. Sebab itu anda akan mendengar gaya dan lenggok dari ‘Brooklyn drill’ dalam lagu berkenaan.

Sulaman bass dan perkusi yang digabung dengan baik digarap dengan perisa Asia Tenggara menjadikannya satu karya penuh jiwa yang hebat dengan bunyi yang luar biasa.

Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan berterusan, Veto adalah satu peringatan bahawa harapan masih ada.

Wakil-wakil K-Clique iaitu MK dan Tuju memberikan persembahan terbaik dengan sedikit sentuhan nada gospel, sementara LOCA B menyelitkan secebis keindahan dalam kuasa persembahannya.

Veto juga diiringi video muzik arahan Shahrin Bahar yang juga menghasilkan visual hebat lagu CIAO oleh Joe Flizzow.

Dengan tetapan LED 360 darjah, video ini berjaya menzahirkan impak lagu ini ke dalam bentuk visual dengan penuh jaya.

Seperti kehebatan audionya, seni visualnya juga canggih dan luar biasa. Ia pasti menarik perhatian dunia umum.

“VETO” kini boleh didapati di semua platform pengstriman: https://DefJamMY.lnk.to/VETO