,
Gaya Hidup

Power Weh! BoBoiBoy Movie 2 Dah Dapat RM15.8 juta Lepas 8 Hari Tayangan!

Hanafis Haris
16/08/2019
09:30 MYT
Filem animasi BoBoiBoy Movie 2 (BBBM2) terus 'memanjat' kutipan box office apabila berjaya meraih sebanyak RM15.8 juta selepas lapan hari tayangan.
Berita gembira ini dikongsikan menerusi platform media sosial Astro Shaw sebentar tadi.
"Syukur BBBM2 berjaya meraih kutipan mencecah RM15.8 juta selepas 8 hari tayangan.
"Kutipan ini sekali gus berjaya memecah rekod kutipan filem Boboiboy Movie yang pertama. Jutaan terima kasih kepada semua yang datang menonton di pawagam kerana memberi sokongan terhadap filem animasi tempatan.
"Temui kami dan maskot #BBBM2 di lokasi-lokasi terpilih. Dapatkan tiket filem BoBoiBoy Movie 2 anda sekarang," katanya.
Difahamkan filem pertama BoBoiBoy terdahulu mengambil masa 56 hari untuk mencapai kutipan RM15.8 juta, berbeza dengan filem kali ini yang memerlukan masa hanya lapan hari sahaja. Hebat!
Untuk rekod, BBBM2 pada Selasa lalu telah berjaya meraih kutipan sebanyak RM9.9 juta menerusi lima hari tayangan di Malaysia, Singapura dan Brunei.
Malah, BBBM2 membuka tayangannya menerusi 145 pawagam di seluruh Malaysia.
Oleh itu pada anda yang masih belum mendapatkan tiket apa tunggu lagi? Dapatkan sekarang!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Boboiboy Berterima Kasih Nabil Zamanhuri Pernah Pinjamkan Suara

gempak
26/05/2024
09:50 MYT
Animonsta Studios Sdn Bhd (Monsta) yang menerbitkan siri animasi, BoboiBoy merakamkan ucapan takziah kepada keluarga di atas pemergian penyanyi, Nabil Zafril Zamanhuri pada pagi Ahad.
Laman Utama

BoBoiBoy Raih 3.5 Juta Tontonan Dalam 24 Jam!

gempak
06/12/2023
05:25 MYT
Wow! Tahniah BoBoiBoy
Laman Utama

Mechamato Mendunia! Setelah ke Korea Selatan, Jepun, New Zealand dan Lain-Lain, Kini Siri Mechamato Tiba Di Portugal!

gempak
29/07/2022
10:30 MYT
Wow Mechamato kini tiba di Portugal
Laman Utama

Penantian Berakhir! Siri Animasi Mechamato Bakal Ditayangkan Bermula 6 Disember, Lagu Tema Pun Onz!

gempak
24/09/2021
08:15 MYT
Tak sabar la nak layan Mechamato The Animated Series
Laman Utama

Terbaik! Hannah Delisha Nyanyi Lagu Papa Pipi, Aneka Baju Raya & Kemunculan Perdana Ibu BoBoiBoy

gempak
07/05/2021
12:15 MYT
Siap ada iklan raya berjudul Memori Eidulfitri