Dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekarang ini, anda pasti bosan, dan telefon pintar pastinya menjadi teman rapat anda! Bukan sahaja anda bergantung kepada telefon pintar untuk melakukan kerja, tetapi juga menghabiskan masa terluang.

Walaupun keadaan tidak begitu mengizinkan, HUAWEI tetap memberanikan diri melancarkan telefon pintar dengan fotografi terbaik – HUAWEI Siri P40! Terdapat dua model di Malaysia, P40 dan P40 Pro!

Bukan sahaja dilengkapi teknologi fotografi paling terbaik, ia juga dilengkapi dengan rangkaian 5G! Yang penting, jika anda pra-tempah dari sekarang hingga 10 April, anda akan mendapat hadiah bernilai RM1,300 termasuk FreeBuds 3!

Tonton video ini untuk mengetahui hadiah percuma yang anda bakal terima!



Kredit: Su Tie

1. Kamera Ultra Vision Leica Paling Berkuasa. HUAWEI P40 Tiga Kamera Leica dengan 50MP kamera Ultra Vision, 3x optikal Zoom dan 16MP Ultra sudut lebar. Manakala HUAWEI P40 Pro Empat Kamera Leica dengan 50MP kamera Ultra Vision, 5x Optikal Zoom, 40MP Ultra sudut lebar serta 50x Digital Zoom.


Kredit: Deng Songquan

2. Sensor terbaik, auto-fokus terbaik, Ai AWB terbaik, Fusion Engine XD terbaik. 24 jam dengan warna yang menakjubkan dan jelas walaupun dalam situasi kurang cahaya dan shot exposure yang lama. Ambil gambar portrait dalam apa jua situasi cahaya dengan detail yang sama ketika gambar diambil.


Kredit: Rueben Krabbe

3. Fotografi AI Paling Berkuasa. AI Best Moment mengesan emosi dan pegerakan terbaik dan akan mencadangkan kepada anda. Dengan ciri membuang sekeliling yang tidak dingini, AI memastikan anda tidak berkongsi gambar dengan sesiapa yang tidak dikehendaki.


AI Remove Reflection juga memastikan anda mendapat gambar yang terbaik tanpa sebarang gangguan.


4. Zoom paling power untuk telefon pintar. Dengan zoom anda masih boleh melihat dengan terang. Zoom yang lebih stabil berbanding dengan generasi sebelumnya.


Kredit: The Explorers

5. 4K HD Selfie Video Yang Sungguh Mengagumkan. Ambil selfie menggunakan resolusi 4K dengan video yang cukup terang dan warna yang menakjubkan.

6. Audio Zoom akan diperkuatkan apabila kamera di zoomkan pada objek, dan pada masa yang sama bunyi luaran akan diasingkan secara automatik.

7.5G Soc Paling Terkini. Diperkuasakan oleh Kirin 990 5G – 5GsoC paling terkini di dunia.


8. Di Malaysia, HUAWEI P40 dan P40 Pro didatangkan dengan warna Blush Gold, Frost Silver dan Deep Sea Blue.

Blush Gold

Frost Silver

Deep Sea Blue


HUAWEI MeeTime

Dengan teknologi MeeTime, anda boleh berhubung dengan keluarga dan kawan-kawan anda dengan mudah.

. Kongsikan skrin anda dalam masa sebenar

· Dengan MCO, inilah teknologi yang terbaik untuk bekerja dari rumah

Anda juga boleh dapat panggilan video yang jelas walaupun di situasi yang gelap dan ia menggunakan data yang minimum dengan panggilan video FHD yang dijayakan oleh MeeTime.


HUAWEI MatePad Pro - Tablet Canggih Yang Anda Perlukan



Anda pasti akan termimpi-mimpikannya apabila sudah mencubanya nanti. Harga bermula RM2,399 (8GB RAM + 256GB OM + WiFi), tablet ini muncul dengan warna Midnight Grey dan Pearl White.



Anda boleh menempah mulai sekarang dan berpeluang memenangi hadiah percuma bernilai RM1,000 termasuk keyboard, M-Pen, dan 3-bulan langganan percuma HUAWEI Video.


HUAWEI AppGallery - Dilengkapi dengan pelbagai aplikasi kegemaran rakyat Malaysia



HUAWEI AppGallery punyai pelbagai aplikasi yang sering digunakan oleh rakyat Malaysia seperti WhatsApp, Facebook, WeChat, Netflix, Instagram, TikTok, Lazada, McDonald dan banyak lagi.

HUAWEI AppGallery dijamin selamat dan dilindungi ciri-ciri keselamatan yang terkini dan canggih.

Selain itu, pengguna HUAWEI Siri P40 dan MatePad Pro boleh mendapatkan ganjaran sebanyak RM2381 di HUAWEI Member Center. Untuk info lebih lanjut, boleh layari di sini.

HUAWEI Video

HUAWEI Malaysia menawarkan tiga bulan akses premium percuma kepada semua pengguna siri P40 dan MatePad Pro.

Malah, setiap pengguna HUAWEI di Malaysia akan menikmati akses premium sebulan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

HUAWEI Care 2020: Sentiasa Ada Untuk Anda



Terdapat tiga perkara yang ditawarkan di bawah HUAWEI Care 2020, iaitu:

● Servis luar biasa yang sehenti. HUAWEI menawarkan khidmat membaik pulih peranti selama sejam untuk pengguna HUAWEI.

● Servis tambahan yang bernilai seperti penggantian skrin (sebanyak satu kali), waranti yang dilanjutkan setahun, dan program bulanan HUAWEI Service Day yang termasuk servis professional untuk perniagaan.

● O2O juga dikenali sebagai servis online to offline, servis pick-up dan penghantaran dalam talian dan luar talian yang dikuasakan oleh AI berdasarkan lokasi ni membolehkan pelanggan untuk membeli produk HUAWEI atau membaiki peranti mereka tanpa perlu keluar rumah.



HUAWEI Siri P40 dan MatePad Pro sudah boleh di pra-tempah sehingga 10 April 2020.

Proses penghantaran bermula 11 April, 2020.

Semak wakil jualan HUAWEI berdekatan anda atau layari laman web di bawah ni:

Kedai dalam talian HUAWEI
Kedai flagship HUAWEI di Lazada
Celcom Pra Tempah P40
Celcom Pra Tempah P40 Pro
Senheng
SenQ