VIRAL
Pramugara Tak Berpakaian Menari Dalam Tandas Pesawat
Seorang kru pesawat British Airways ditemukan tanpa berpakaian dan menari dalam tandas kelas perniagaan, di tengah-tengah penerbangan, kerana dipercayai di bawah pengaruh dadah.
The Sun melaporkan pramugara itu sepatutnya menghidangkan makanan kepada penumpang dalam penerbangan dari San Francisco ke London Heathrow, baru-baru ini, tetapi tidak dapat dikesan.
Apabila pesawat Airbus A380-800 dua tingkat itu digeledah, pengurus kru dalam penerbangan menemukannya dalam keadaan berbogel dan menari di dalam tandas kabin Club World.
Kakitangan dilaporkan memakaikan rakan sekerja mereka itu dengan baju tidur ganti yang digunakan oleh penumpang kelas pertama, sebelum meletakkannya di tempat duduk kelas pertama. Dia berada di situ untuk baki perjalanan 10 setengah jam itu.
Polis Metropolitan berkata, seorang lelaki berusia 41 tahun dalam penerbangan dari San Francisco ke Lapangan Terbang Heathrow, London, ditahan kerana disyaki tidak layak untuk bertugas.
Difahamkan, selepas pesawat mendarat, dia dibawa ke hospital untuk rawatan, sebelum ditahan.
Dia kemudian dibebaskan.
British Airways memberitahu The Independent bahawa insiden itu dalam siasatan polis.
Sumber: Harian Metro
Must-Watch Video