Pramugari Dipercayai Dirogol & Dibunuh Sekumpulan Lelaki Pada Malam Tahun Baru 2021, Polis: “Ada Kesan Sperma Di ...”
Amri Hassan
05/01/2021 23:20 MYT
05/01/2021 23:20 MYT
Seorang pramugari Philipines Airlines ditemui meninggal dunia di dalam tab mandi sebuah bilik hotel di Filipina selepas menyambut tahun baru 2021 bersama rakan-rakannya.
Mangsa, Christine Angelica Dacera, 23, ditemui tidak sedarkan diri dan disahkan telah meninggal dunia.
Ketua Polis Bandar Makati, Kolonel Harold Depositar, menahan 11 lelaki yang merupakan individu terakhir bersama dengan Christine pada waktu kejadian.
Tiga daripada 11 suspek itu merupakan rakan Christine, manakala selebihnya merupakan individu yang tidak dikenali oleh mangsa.
Kesemua suspek didakwa atas pertuduhan merogol berikutan kesan koyakan dan penemuan cairan sperma di bahagian kemaluan mangsa.
Selain itu, terdapat kesan lebam dan cakaran pada badan mangsa.
Christine telah memuat naik gambar terakhir yang menunjukkan dirinya memakai sut PPE dan bersandar di pintu pesawat pada 28 Disember 2020.
Tulisnya; "penerbangan terakhir untuk tahun ini."
Sumber: Daily Mail