Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

#PrayForFatimah: Ibu Fatimah The Family UK Kongsi Fenomena Pelik Sejam Sebelum Prosedur Biopsi - "Mungkin Semuanya Hanyalah Kebetulan..."

Firdaus
30/05/2024 11:25 MYT
Satu fenomena pelik berlaku satu jam sebelum personaliti media sosial cilik, Fatimah ‘The Family UK’ ditidurkan untuk prosedur biopsi.

Berlaku Fenomena Pelik

Menerusi hantaran yang dibuat oleh akaun rasmi keluarga itu sendiri, dapat dilihat fenomena sekawan burung berterbangan di luar hospital, yang ditafsirkan oleh ibu Fatimah seolah-olah mendoakan kesihatan influencer cilik tersebut.

"Sejam sebelum Fatimah ditidurkan untuk menjalani prosedur biopsi semalam, penuh burung burung berterbangan di luar bilik hospital seolah-olah turut sama-sama mendoakan Fatimah.

"Sepanjang Fatimah berada di dalam bilik pembedahan, burung-burung masih lagi tidak berhenti. Sebaik sahaja selesai prosedur biopsi Fatimah, baru lah berhenti," katanya.

"Seorang ibu tidak akan pernah putus berdoa...

Pada penghujung coretan, ibu kepada Fatimah beranggapan mungkin fenomena itu berlaku hanya dasar kebetulan, namun dirinya tidak pernah putus berdoa untuk anaknya itu kembali sihat seperti biasa.

"Mungkin semuanya hanyalah kebetulan.Tetapi hati seorang ibu tidak akan pernah putus berdoa, semoga Allah kurniakan keajaiban buat Fatimah," tulisnya.

A post shared by The Family UK ?? (@thefamily.uk)

BERITA TRENDING: Pendarahan Fatimah ‘The Family UK’ Berhenti Secara Tiba-Tiba, Keluarga Luah Rasa Syukur

Pada 24 Mei lalu melaporkan Fatimah sudah menunjukkan perkembangan positif selepas pendarahan yang dialaminya selama lapan hari berhenti secara tiba-tiba, dua jam sebelum ditidurkan.

Bagaimanapun kanak-kanak berusia 10 tahun itu masih lagi dalam keadaan yang lemah dan sakit.

Fatimah yang kini dirawat di sebuah hospital di Birmingham, dilaporkan menghadapi masalah kesihatan sejak Ramadan.

Sumber: Instagram

#Viral #Sakit #Tular #Fatimah #The Family UK #Biopsi #PrayForFatimah
;