"Pre-Wedding Ke Apa Ni?" - Peminat Cemburu Lihat Foto Mesra Sufian Suhaimi

Kamaruddin Razal
Jun 24, 2018 00:20 MYT
Beberapa keping foto penyanyi Sufian Suhaimi dengan seorang wanita yang dikenali dengan nama Natasha Asraff mengundang tanda tanya netizen.
Foto-foto tersebut telah dimuat naik beberapa hari lalu di laman Instagram seorang jurugambar yang menggunakan nama @fracment.
Aksi agak mesra yang digayakan oleh Sufian dan Natasha dalam foto-foto tersebut mengundang persoalan peminat.
Tidak kurang juga ada peminat yang meluahkan rasa cemburu di ruangan komen.
Sufian yang kini terkenal menerusi lagu Di Matamu menyambut Syawal di kampungnya yang terletak di Mersing, Johor.
Teks: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram @fracment
#Penyanyi #Sufian Suhaimi #Penyanyi