Aktres popular Bollywood, Priyanka Chopra bakal melangsungkan perkahwinan bersama penyanyi Nick Jonas pada bulan hadapan.

Menurut sumber, aktiviti dan acara 'pre-wedding' pasangan ini baru sahaja bermula apabila kedua-dua belah keluarga mereka telah berkumpul dan meluangkan masa bersama di India baru-baru ini.

Priyanka dan Jonas telah mengadakan sebuah majlis di New Delhi dan kelihatan bergambar bersama dengan sebiji kek sebagai lambang sambutan sebelum menjelangnya tarikh perkahwinan mereka.

Love, laughter and happily ever after to the beautiful bride-to-be! ??♥️? #TheSkyisPink @priyankachopra @nickjonas #SiddharthRoyKapur @shonalibose_ @rsvpmovies #champagnecelebrations #BTS #delhischedule #delhidays #winterwarmth

A post shared by Roy Kapur Films (@roykapurfilms) on


Pasangan ini juga bakal berkunjung ke Jodhpur, India untuk sebuah sessi pergambaran dan akan mengadakan beberapa majlis untuk meraikan keluarga kedua belah pihak tidak lama lagi.

Sumber : E News, IG : @roykapurfilms