“Pregnant Ke? Nampak Baby Bump”- Foto Fasha Sandha Kelihatan Seperti Hamil Jadi Perhatian

Syafiqah Jalal
Ogos 22, 2019 06:36 MYT
Umum mengetahui pelakon Fasha Sandha baharu sahaja keguguran anak pada Jun lalu hasil perkahwinannya dengan aktor Aidil Aziz.
Namun, foto terbaharu Fasha yang dimuat naik ke akaun Instagram miliknya sebentar tadi telah mengejutkan peminat kerana bahagian perut pelakon itu kelihatan seperti mempunyai baby bump.
Malah ramai yang membuat andaian Fasha kini sedang berbadan dua.
Menerusi entri tersebut Fasha kelihatan sedang duduk.
Tidak kurang juga yang terlebih awal telah mengucapkan tahniah kepada Fasha.
“Pregnant ke? Nampak baby bump," komen peminatnya.
“I can see your baby bump," teka seorang pengikutnya.
“Tahniah, dah nampak baby bump di situ,” ucap peminatnya.
Namun Fasha sendiri tidak membalas mana-mana komen dan membiarkan ia sebagai tanda tanya.
Fasha disahkan mengandung dua bulan selepas perkahwinannya bersama Aidil Aziz, Mac lalu namun kandungan satu bulan itu tidak panjang umur.
Menerusi perkahwinan terdahulu Fasha dengan Jejai atau nama sebenarnya Rizal Ashram Ramli, dia mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli, 5, dan Putri Raysha Jemyma, 4.
#Anak #Fasha Sandha #Hamil #Hamil #Baby Bump