Aplikasi penstriman sooka kini menawarkan kandungan bola sepak Premier League secara langsung sepanjang musim liga berkenaan.

Ketua Kandungan sooka, Emarina Kamal berkata, sempena dengan kempen Our Bola Ikut sooka, pelanggan boleh menyaksikan perlawanan bola sepak mengikut selera masing-masing.

“Kempen kami membolehkan peminat bola sepak bebas menikmati dan melanggan pelan bulanan atau membayar setiap perlawanan mengikut pilihan masing-masing, dan memilih sama ada untuk strim perlawanan pada peranti mudah alih atau TV Pintar.

“Selain bola sepak, pelanggan rancangan VIP+Sports dan TV VIP kami juga akan dapat strim acara sukan hebat lain seperti Formula 1, BWF Badminton World Tours, MotoGP, Liga Sepak Takraw dan banyak lagi.

“Ini adalah sebahagian daripada cita-cita kami untuk membolehkan semua peminat sukan datang ke sooka dan menikmati semua acara sukan yang menakjubkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehingga 31 Ogos, pelanggan boleh menikmati diskaun terhad 50 peratus untuk pelan sooka VIP+ Sports (kini RM20.95 sebulan) atau pelan sooka VIP TV (kini RM42.50 sebulan). Bagi yang ingin strim secara berasingan, Single Match Pass boleh didapati serendah RM7.90 untuk satu perlawanan.

Bagi menikmati perlawanan sukan kegemaran anda secara langsung dan kandungan hiburan tempatan terbaik pada peranti mudah alih dan TV Pintar, muat turun aplikasi sooka di Apple Store atau Google Play Store (untuk aplikasi mudah alih) dan kedai aplikasi Samsung, LG, Sharp dan Sony (untuk TV VIP ). Semua pelan langganan oleh sooka adalah bebas kontrak dan hadir dengan komitmen sifar.

Untuk perkembangan lanjut tentang sooka, ikuti sooka di Facebook dan Instagram atau layari sooka.my.