Terkini

Premis Salmon Skin Diserbu Gara-Gara Guna Logo Halal Tak Sah? DSV Janji Tak Lari & Sedia Beri Kerjasama

gempak
Gempak
06/03/2024
06:25 MYT
Sponsor Banner
Premis Salmon Skin Diserbu Gara-Gara Guna Logo Halal Tak Sah? DSV Janji Tak Lari & Sedia Beri Kerjasama
Usahawa selebriti, Datuk Seri Vida mengakui tidak tahu menahu mengenai serbuan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan kos Sara Hidup (KPDN) terhadap premis peniagaan kulit ikan salmon (salmon skin) sehingga melibatkan sitaan berjumlah RM88,582.50.
Memetik Kosmo! Online, Vida berkata, dia hanya sedar mengenai hal itu selepas ditanya oleh pemberita memandangkan dia baru sahaja pulang daripada luar negara.
Vida menjelaskan yang dia perlu mengambil tahu mengenai perkara sebenar yang berlaku. Menurutnya, dia perlu membaca dahulu laporan media yang dibuat berhubung kes berkenaan.
Dalam masa sama, Vida sedia beri kerjasama dengan pihak berkuasa jika dia diperlukan dalam proses siasatan.
“Saya sedia beri kerjasama kepada pihak berkuasa untuk disoal siasat. Takkan saya nak lari pula.
“Tapi, sekarang saya tak tahu sangat tentang serbuan yang diadakan sebab ketika kejadian, saya tiada di tempat serbuan,” katanya.
Terdahulu, media tempatan melaporkan sebuah premis yang disyaki menggunakan logo halal tidak sah bagi produk makanan ringan di Kawasan Perindustrian Jelapang di Ipoh, Perak diserbu KPDN semalam dengan nilai sitaan diperoleh ketika operasi itu mencecah hampir RM90,000.
Serbuan sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa KPDN Perak bermula pukul 11 pagi itu merupakan hasil maklumat awam dan risikan oleh pihaknya berhubung aktiviti memproses makanan di kawasan tersebut yang disyaki menggunakan logo halal tidak sah.
Pengurus premis terbabit turut gagal mengemukakan sebarang perakuan halal yang diperakuan oleh pihak berkuasa apabila diminta oleh pihak KPDN.
Satu tindakan kes telah diambil dengan tindakan menyita semua produk yang disyaki menggunakan logo halal tidak sah, balang plastik yang tertera logo halal dan dokumen perniagaan untuk siasatan lanjut di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.
“Kes disiasat kerana melanggar Subperenggan 4 (1) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 Akta Perihal Dagangan 2011 yang menjadi kesalahan di bawah Subperenggan 8 (a) perintah yang sama.
“Jika sabit kesalahan, denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya bagi individu, manakala denda tidak melebihi RM250,000 bagi syarikat atau pertubuhan perbadanan,” kata Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail.
Tambah beliau, produk makanan ringan itu dijual secara dalam talian dan mendapat sambutan oleh ramai pengguna.
Sumber: Kosmo! Online

BERITA TRENDING: “Saya Anak Datuk Seri Vida, Saya Tak Ada Bapa” - Ayat Deep Kacak Buat Netizen Tersentak, Beri Kata-Kata…

BERITA TRENDING: Vida Belanja Tiket Penerbangan RM40,000 Untuk Kacak - “Tak Ada Membazir, Mama Nak Kita Duduk Bersama”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live