Laman Utama

Presiden FAM Tak Benarkan Konsert Coldplay Ganggu Perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027

gempak
Awani
19/05/2023
11:50 MYT
Sponsor Banner
Presiden FAM Tak Benarkan Konsert Coldplay Ganggu Perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027
Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin tidak akan membenarkan konsert Coldplay yang bakal berlangsung pada 22 November di Stadium Nasional Bukit Jalil mengganggu perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027 yang akan diadakan sehari sebelum itu.
Menurut Hamidin, beliau akan memastikan insiden sama yang menyaksikan hanya 21,000 tempat duduk disediakan pada aksi separuh akhir Piala AFF menentang Thailand pada 7 Januari lalu kerana memberi laluan kepada persiapan untuk konsert Jay Chou tidak berulang lagi.
"Perkara ini sebenarnya saya telah bincang dengan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan juga dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Mohd Faidz Sanusi.
"Saya telah menyatakan pada menteri perkara ini dah kali kedua berlaku. Perkara ini tidak boleh berlaku lagi. Beliau setuju kerana kita telah maklumkan kontrak kita dengan PSM ini.
"Semuanya dalam FIFA kalendar dan juga kalau nak buat apa-apa, perlu maklumkan kepada kita. Jika tidak, lebih baik jangan ada kontrak dengan PSM, lebih baik kita pergi stadium lain," katanya.
Bagaimanapun, Hamidin menjelaskan sebarang tindakan seterusnya akan diambil apabila undian sudah berlangsung sekiranya Harimau Malaya perlu beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil.
"Kita sudah buat beberapa persiapan untuk lihat kalau perlawanan berlangsung 21 November itu di Stadium Nasional.
"Konsert yang dibuat ini memang betul di luar kalendar FIFA, tetapi persiapan itu lima enam hari dan membuatkan sebahagian tidak boleh digunakan. Apa pun kita kena tunggu Julai untuk undian selain saya juga telah berbincang dengan AFC," katanya.
Sumber: Sinar Harian menerusi Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024