,
Sukan

Presiden Perancis Alu-Alukan Atlet Israel, Benarkan Bertanding Di Olimpik Paris

Gempak
24/07/2024
05:25 MYT
Presiden Perancis Alu-Alukan Atlet Israel, Benarkan Bertanding Di Olimpik Paris
Presiden Perancis, Emmanuel Macron memaklumkan atlet Israel dialu-alukan menyertai Olimpik Paris 2024 yang bakal berlangsung 26 Julai ini.

Dibenarkan Bertanding

Menurut laporan Anadolu, Ia sekali gus menolak gesaan daripada beberapa ahli parlimen Perancis sayap kiri dan Jawatankuasa Olimpik Palestin untuk memboikot negara itu.

"Atlet Israel dialu-alukan di negara kita.

“Mereka mesti mampu bersaing di bawah bendera mereka kerana ia sudah dipersetujui," katanya kepada televisyen France 2 dalam satu temu bual.

Keselamatan Atlet Terjamin

Macron turut menambah bahawa adalah menjadi tanggungjawab tuan rumah bagi memastikan keselamatan buat atlet negara itu sepanjang temasya.
"Tanggungjawab Perancis untuk memastikan keselamatan mereka.

"Saya mengutuk sekeras-kerasnya mereka yang cuba mengancam atlet Israel dan mengutuk tindakan itu," katanya.

Dia juga menambah bahawa bahawa Israel mempunyai hak untuk mempertahankan diri tetapi menyatakan bahawa pengeboman berterusan ke atas Gaza - di mana berdasarkan anggaran baharu yang dikeluarkan kementerian kesihatan yang dikendalikan Hamas iaitu seramai 39,090 orang sudah meninggal dunia itu tidak boleh diterima.
"Saya sangat terikat dengan keselamatan Negara Israel, tetapi saya juga sangat terikat dengan penyelesaian dua negara dan penubuhan gencatan senjata kerana apa yang berlaku di Gaza hari ini tidak boleh diterima," tambah Macron.
Terdahulu, Thomas Portes, ahli parlimen dari La France Insoumise (France Unbowed, atau LFI), berkata pada hujung minggu bahawa delegasi Israel tidak dialu-alukan di Paris dan menggesa penamatan ‘double standard’.
“Diplomasi Perancis mesti memberi tekanan kepada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa supaya bendera dan lagu Israel tidak diterima masuk dalam Sukan Olimpik, sama seperti ini dilakukan untuk Rusia,” katanya.
Difahamkan Presiden Israel, Isaac Herzog mengesahkan akan menghadiri upacara pembukaan Olimpik pada Sabtu ini dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu juga akan "dialu-alukan" tetapi mungkin tidak dapat menghadirinya kerana berada di Amerika Syarikat.
Olimpik Paris bakal berlangsung pada 26 Julai ini hingga 11 Ogos.

ARTIKEL BERKAITAN: MOM Jawab Pegawai Lebih Ramai Daripada Atlet Ke Olimpik Paris

ARTIKEL BERKAITAN: Pengusaha Restoran Paris Dakwa Rugi Akibat Sukan Olimpik

ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan Suami Isteri Tunggang Kapcai Ke Paris Demi Sokong Team Malaysia! - "Kami Nak Lihat Azizulhasni Awang, Kalah Menang Belakang Cerita"

ARTIKEL BERKAITAN: Olimpik Paris: Perancis Dikutuk Gara-Gara Larang Atlet Wanita Berhijab

Sumber: Anadolu

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Pengasas, CEO Telegram Ditahan Di Perancis

gempak
25/08/2024
05:55 MYT
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) aplikasi Telegram, Pavel Durov ditahan di Lapangan Terbang Borget di luar Paris, Perancis pada Sabtu.
Hiburan

Keluarga Tak Mahu Tunai Wasiat Mendiang Alain Delon Dikebumi Bersama Anjing Hidup

gempak
22/08/2024
15:50 MYT
Aktor ikonik Perancis, Alain Delon meninggal dunia pada usia 88 tahun minggu lalu.
Viral

Gembira Tiba Di Malaysia, Reaksi Kanak-Kanak Palestin Ini Buat Netizen Sebak - “Terasa Hiba”

gempak
17/08/2024
04:31 MYT
Konflik di Palestin seakan-akan masih belum menemui titik noktah apabila ribuan rakyat di negara tersebut dibunuh setiap hari oleh rejim Zionis.
Sukan

Olimpik Paris 2024: Atlet Gusti Mesir Ditahan Polis, Didakwa Lakukan Serangan Seksual

gempak
10/08/2024
01:55 MYT
Polis Perancis menangkap seorang atlet gusti Olimpik Mesir atas dakwaan serangan seksual pada awal pagi Jumaat di luar sebuah kafe yang dikunjunginya di ibu kota Perancis, kata pejabat pendakwa Paris.
Sukan

Olimpik Paris 2024: Kacau! Atlet Great Britain Dakwa Jumpa Cacing Dalam Makanan

gempak
10/08/2024
01:29 MYT
Atlet renang Great Britain, Adam Peaty, berasa kecewa terhadap pihak penganjur Sukan Olimpik Paris 2024 kerana tidak berjaya menyediakan makanan yang cukup sihat buat para atlet.