Gaya Hidup
Prihatin Masalah Jerebu, Syed Saddiq Arahkan Kakitangan Bekerja Dari Rumah
Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan melaksanakan dasar Bekerja Dari Rumah untuk kementeriannya, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sepanjang tempoh cuaca berjerebu apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi paras 200.
Menerusi laman sosial Twitter, Syed Saddiq berkongsi satu pekeliling tentang pemberitahuan itu untuk tatapan umum.
“Melihat keadaan jerebu yang semakin teruk di seluruh negara. Kementerian akan melaksanakan polisi bekerja dari rumah untuk semua staf Kementerian Belia dan Sukan supaya tidak terdedah kepada bahaya jerebu (untuk yang melebihi paras 200),” tulisnya di ruangan kapsyen.
Menyedari pekerja KBS kebanyakannya betugas di luar dan sering terdedah pada bahaya jerebu, beliau turut menasihati semua agar elakkan sebarang aktiviti luar serta mengutamakan kesihatan.
Melihat kepada respon orang ramai di Twitter, rata-rata netizen menyambut baik cadangan tersebut dan memohon ia dipanjangkan ke kementerian-kementerian lain.
Elok lah YB panjang kan ke semua jabatan dan kementerian. API 150 dah boleh work from home policy.. API 167 skrg pun saya dah sakit kepala semua..— Arif Fikri (@ArifFikri_) September 18, 2019
We love a humane millennial policy!!
— Iman Tanita (@notorioustapir) September 18, 2019
Salam yb, ada perlukan manpower tak? Sy kerja swasta susah nak dapat pengumuman macam ni ?
— ♡あゆん♡ (@realyuyun) September 18, 2019
bestnye kerja dgn KBS ? bile la application sy nk terpilih utk join KBS
— ?Aii Mxrzxllx? (@aiimxrzx) September 18, 2019
Malah, netizen yang bertugas dalam sektor swasta turut mahu majikan mereka mengambil langkah yang sama seperti KBS.This policy should be explored and expanded beyond the haze.
— BahasBola (@MYBahasBola) September 19, 2019
Kicauan dari menteri itu sehingga kini mendapat hampir 1,000 ulang kicau dan 2,000 tanda suka daripada warga maya.
Must-Watch Video