Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

"Prihatin Sikit & Kasihan Pada Anak-Anak Orang Lain" -  Ini Pesan Diana Nasir Kepada...

Asraf Aided 17/10/2019 | 09:00 MYT
Kakak kepada aktres Anzalna Nasir, Diana Nasir sedang mengalami demam bersama tiga orang anaknya.
Perkara itu didedahkan menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya hari ini buat tatapan wargamaya.
Menurut Diana, mereka bertiga telah mengalami demam panas sejak Sabtu lalu.
Namun begitu, Diana mengatakan dia tetap menguatkan diri dan melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang ibu seperti biasa.
"Saya dan semua anak saya mengalami demam panas sejak Sabtu lalu, pertama kali pula tu!
"Sangat sedih melihat anak-anak sakit sebab The Angguns susah nak sakit," tulisnya dalam foto paparan skrin yang dimuat naik.
Sementara di ruangan kapsyen pula, Diana menulis kenyataan berbunyi :
"Kami semua sedang sakit, tapi saya harus jalankan tanggungjawab sebagai ibu, seperti ibu-ibu lain juga, apa ertinya sakit?
"Kepada semua ibu bapa di luar sana, kalau dah tahu sakit tu, jangan pentingkan diri sendiri, sila pakai mask atau apa-apa asalkan anak orang lain tak terkena jangkitan atau jauhkan diri dari anak-anak saya!
"Sila prihatin sikit dan kasihanilah pada anak orang lain, terima kasih," tulisnya.
Menerusi ruangan komen pula, rata-rata pengikut Diana mendoakan agar dia dan anak-anak dikurniakan kesembuhan segera.

We all sick, but this momma keeps pushing on as do all moms.. because what is SICK?? To all parents out there yg tahu diri tu sakit or anak2 sakit sila jgn SELFISH and IRRESPONSIBLE! Sila pakai mask mulut or periuk belanga bile keluar or what so ever la asalkan anak2 org lain tak terkena jangkitan or just STAY AWAY FROM MY KIDS! Like FARRRRRRR AWAY! Sila prihatin sikit dan kasihani la pada anak2 and parents lain! Thank you. ?

A post shared by Lady D (@diananasir86) on

Diana dikenali di media sosial bersama anak kembarnya, Anggun Darleesa dan Anggun Darleena serta anak bongsu, Anggun Darniella yang dilahirkan pada 10 November tahun lalu.
Tiga orang anak perempuannya yang lebih dikenali sebagai The Angguns itu sentiasa mencuri tumpuan netizen di media sosial.
#Diana Nasir #The Angguns
;