Prihatin Terhadap Pesakit AIDS, Bob Yusof Tubuh Pusat Sehenti
Amri Hassan
11/07/2018 09:11 MYT
11/07/2018 09:11 MYT
Hasrat penyanyi Bob Yusof untuk menubuhkan sebuah pusat sehenti bagi membantu pesakit AIDS telah berjaya direalisasikan setahun lalu di Kuching, Sarawak.
Bob atau nama sebenarnya Yusrizan Usop mendapat idea untuk menubuhkan pusat sehenti tersebut kerana rasa tanggungjawabnya kepada masyarakat.
"Sejak dilantik sebagai Red Ribbon Celebrity Supporter (RRCS) oleh Yayasan AIDS Malaysia pada 2010, saya diberi peluang untuk mendekati pesakit AIDS yang terdapat di negara kita.
"Pelantikan tersebut membolehkan saya mengaktifkan diri sebagai sukarelawan bagi sama-sama membantu menghentikan gejala penyakit ini dari peringkat akar umbi," kata Bob.
Selain itu, Bob merasakan pesakit AIDS wajar diberikan peluang kedua bagi meneruskan kehidupan mereka.
"Antara projek yang dijalankan secara giat oleh yayasan tersebut adalah mewujudkan pusat sehenti di seluruh negara sebagai alternatif menyediakan penginapan untuk pembawa virus HIV yang dibuang masyarakat.
"Golongan selebriti telah dilantik bagi menjayakan projek tersebut dari sudut promosi bagi mengumpulkan dana," jelasnya.
Baru-baru ini, Bob telah diberi pengiktirafan selaku penerima Anugerah Penyumbang Tetap (Longstanding Contribution Awards) bagi kategori RRCS atas jasa dan baktinya.
Selain Bob, selebriti lain yang turut dilantik menyertai RRCS ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Aaron Aziz, Fahrin Ahmad, Dayang Nurfaizah, Winnie K dan penulis lirik, Shah Shamshiri.
Teks: Noor Zulaikha Yusof
Sumber: Utusan Online