Hiburan

Prince Mateen Kongsi Foto Dengan Bakal Isteri, Netizen Gembira Tapi … - “2024 Hari Patah Hati Sedunia”

gempak
Mya Amri
01/01/2024
09:50 MYT
Sponsor Banner
Prince Mateen Kongsi Foto Dengan Bakal Isteri, Netizen Gembira Tapi … - “2024 Hari Patah Hati Sedunia”
Perkongsian terbaharu Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah di akaun Instagramnya mendapat perhatian netizen.
Foto tersebut merakamkan Putera Mateen sedang tersenyum bersama bakal isterinya, Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Adam berserta ucapan pendek di ruangan kapsyen sempena tahun baharu 2024.
“Wishing you all the best for 2024,” tulis Putera Mateen.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikut wanita merestui penyatuan dua hati itu namun menyebabkan mereka ‘patah hati’ pada tahun 2024.

BERITA TRENDING: Putera Mateen Kahwin Januari 2024, Ramai Ker Patah Hati? - "Mesti Ada Tengah Nangis Bucu Katil"

Untuk info: Majlis akad nikah pasangan ini dijadual berlangsung pada 11 Januari.
Acara puncak istiadat perkahwinan selama 10 hari ini merupakan Majlis Bersanding Pengantin Diraja yang akan berlangsung di Istana Nurul Iman pada 14 Januari.
Pasangan diraja ini kemudian akan menyertai perarakan mengelilingi ibu kota Brunei, Bandar Seri Begawan. Majlis resepsi pula akan diadakan pada malam 15 Januari.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024