TERKINI
Prince Syed Beri Nafkah Setengah Juta, Nafi Beli Barang Kemas Palsu Untuk Isteri - “Ini Emas Betul Tak Akan Main-Main Pula…”
Pempengaruh dan usahawan sensasi, Prince Syed sekali lagi berjaya mencuri perhatian warganet apabila berkongsi momen memberikan nafkah kepada isterinya, Fatin Syazwani.
Menerusi perkongsian di TikTok, Prince Syed atau nama lengkapnya Syed Muhammad Syah difahamkan menyerahkan beberapa bungkusan duit yang berjumlah RM500,000 untuk membeli barangan keperluan kepada isterinya.
“Salam RM500K cukuplah ni untuk perbelanjaan buat isteri nak beli takoyaki , waffle dan pad utk stok setahun.
“Mencari rezeki halal untuk keluarga,” katanya.
Dalam pada itu, Syed turut menunjukkan beberapa barangan kemas yang pernah dibelikan untuk Fatin.
Jelas Syed, kesemua barangan yang dibelikan untuk isterinya itu adalah asli dan bukan tiruan.
“Ini emas betul, tak akan main-main pulak. Kalau barang kemas palsu kita boleh kenal daripada jenis cangkuk dia, ini sah-sah original (sambil tunjuk barangan kemas tersebut).
“Ada satu lagi yang ini padu, kalau netizen yang mulut-mulut jahat kena libas dengan saya mesti esok masuk hospital sebab padu sangat emas ini,” ujarnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan Syed yang sangat mengutamakan isterinya.
“Suka ngan depa dua ni....kerja keras laki bini cari duit...sebab tu rezki depa ada sajaa.
“Murah rezeki suami selalu mewahkan isterinye wlaupon isteri xpernah minta.semoga till jannah.
“Bestnye jd bini dia...ada x lg sorang laki cmni...meratukan bini.
“Semoga perkahwinan abg & kakak sampai ke jannah saya doakan. dan harap sgt semoga suami saya boleh layan saya macam ni suatu hari nanti.
“ You alll best couple❤x pernah ego...sangat happy...semoga dipanjang umur & dimurahkan rezeki...MGB both of u,” komen netizen.
Must-Watch Video