VIRAL
Prince Syed Infaq Telekung RM12,000 Bertatah Swarovski Kepada Ustazah Asma' Harun - "Ia Pernah Viral Sampai Ke Luar Negara, Sangat Unik... "
Perkongsian usahawan dan pempengaruh media sosial, Prince Syed dan isteri Fatin Syazwani, menginfaqkan sepasang telekung mewah bernilai RM12,000 kepada pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun menari perhatian ramai.
Menerusi satu hantaran di TikTok, Prince Syed atau nama penuhnya Syed Muhammad Shah Hasif memaklumkan bahawa telekung berwarna putih yang dihiasi batu permata kristal Swarovski itu dihadiahkan kepada Pusat Pengajian Perkampungan Hijrah, sebuah institusi yang diasaskan oleh Ustazah Asma’.
“Kami infaq telekung RM12,000 kepada Ustazah Asma Harun untuk Perkampungan Hijrah. Alhamdulillah, telekung yang bertatahkan batu permata kristal Swarovski ini telah pun kami serahkan kepada Ustazah,” katanya.
Menurut Prince Syed lagi, telekung eksklusif tersebut pernah tular hingga ke luar negara kerana keunikan dan kemewahan rekaannya.
"Telekung ini pernah VIRAL sehingga luar negara kerana kemewahan perincian pada telekung ini yang sangat unik dan bermakna," ujarnya.
Tindakan pasangan ini menerima pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Ada yang memuji keikhlasan mereka dalam menyumbang ke jalan dakwah, manakala sebahagian lain terkejut dengan nilai infaq yang dianggap luar biasa.
Must-Watch Video