Prince Syed, Isteri Gayakan Busana Raya Bertemakan Barbie, Sempat Ziarah Kubur - "Simple Jer Baju Kami Anak-Beranak"
Amri Hassan
10/04/2024 11:55 MYT
10/04/2024 11:55 MYT
Pempengaruh dan usahawan Prince Syed sekali lagi menuai perhatian warganet apabila tampil dengan busana raya bertemakan Barbie.
Menerusi perkongsian di TikToknya, Prince Syed menggayakan sepasang baju Melayu biru dengan cetakan Barbie, dipadankan bersama jaket faux fur merah jambu dan tanjak warna senada.
Manakala isterinya, Queen Syarifah menggayakan dres potongan mermaid meleret rona merah jambu dan biru dengan jaket faux fur merah jambu.
"Pakaian raya yang semua orang nantikan dari kami, BARBIE adalah tema raya kami untuk 2024 ni.
"Alhamdulillah, simple jer baju kami anak beranak kalini dan istimewa untuk semua followers kami, ini adalah hadiah buat semua iaitu lagu raya pertama dari kami berjudul TIBERR RAYA," maklumnya.
"Tahun ni kami beraya di Gerik, inilah suasana kami apabila raya bersama keluarga dan kawan-kawan baik kami.
"Bila raya semua dapat berkumpul memang satu kenikmatan yang sukar nak digambarkan, dan paling best dan meriahhh raya di kampung," ujarnya.
Dalam video sama, Prince Syed berkongsi rutin ziarah-menziarahi keluarganya di Gerik dengan mengenakan busana sama.
Malah, Prince Syed turut kagum dengan isterinya yang sanggup berpanas di dapur menggoring hidangan yang popular di Gerik.
Sehingga artikel ini ditulis, video busana raya Barbie itu telah ditonton lebih 3 juta kali.
undefined
Menerusi perkongsian di TikToknya, Prince Syed menggayakan sepasang baju Melayu biru dengan cetakan Barbie, dipadankan bersama jaket faux fur merah jambu dan tanjak warna senada.
Manakala isterinya, Queen Syarifah menggayakan dres potongan mermaid meleret rona merah jambu dan biru dengan jaket faux fur merah jambu.
BERITA TRENDING: “Takkan Kita Nak Pergi Pasar Borong Pakai Macam Ni Kan?” - Prince Syed & Isteri Melaram Bertempat
Begitu juga dengan kedua-dua anak mereka yang menggayakan busana dengan rekaan sama seperti Prince Syed dan isteri."Pakaian raya yang semua orang nantikan dari kami, BARBIE adalah tema raya kami untuk 2024 ni.
"Alhamdulillah, simple jer baju kami anak beranak kalini dan istimewa untuk semua followers kami, ini adalah hadiah buat semua iaitu lagu raya pertama dari kami berjudul TIBERR RAYA," maklumnya.
PILIHAN PEMBACA: Prince Syed Akui Pernah Terima Sihir Pemisah Dari Wanita Berusia - “Saya Anggap Dia Seperti Kakak-Kakak”
Kongsi Prince Syed lagi, sambutan hari rayanya meriah saban tahun sama seperti tahun ini yang diraikan di Gerik, Perak."Tahun ni kami beraya di Gerik, inilah suasana kami apabila raya bersama keluarga dan kawan-kawan baik kami.