"Princess Nowadays Not Very Shy" - Siti Nuruhaliza Bakal Timang Bayi Perempuan?

Syafiqah Jalal
November 26, 2017 05:58 MYT
Buat pertama kalinya penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin mendedahkan video ketika melakukan imbasan ultrasound bayi dalam kandungannya.
Menerusi akan Instagram (IG)nya, dia memuat naik video tersebut dan teruja memberitahu aksi anaknya ketika imbasan dilakukan sangat sopan.
"Alololo.. sopannya anak ibu .. macam siapa?? #alhamdullillah #anugerahterindah"
Video tersebut turut terdengar suara wanita yang dipercayai doktor yang melakukan imbasan tersebut.
Menurut doktor itu, bayi dalam kandungan Siti amat malu kerana sering menutup mukanya ketika imbasan dijalankan.
Doktor itu juga menggelarkan bayi Siti sebagai 'princess' (puteri).
"Hey, princess nowadays not very shy lah," kata doktor
'Princess' ? Adakah bayi dalam kandungan Siti perempuan?
Hingga kini penyanyi Aku Cinta Pada Mu itu belum pernah mendedahkan jantina bayinya.
Apa-apa pun sama-sama kita doakan agar bayi dalam kandungan Siti sihat dan sealamt dilahirkan nanti.
#Siti Nurhaliza #Anak Siti Nurhaliza #Imbasan Ultrasound