Duta Muhibbah UNICEF, Priyanka Chopra dikecam gara-gara kenyataannya di Twitter yang menyokong tindakan tentera India dalam ketegangan yang berlaku di sempadan Pakistan.

Memetik laporan Astro Awani, Netizen menganggap tindakannya itu bercanggah sama sekali dengan tanggungjawabnya untuk menyebarkan mesej keamanan malah Chopra turut dituduh sebagai hiprokrit.



Netizen pada sama mahu pelantikan Priyanka Chopra sebagai duta keamanan dilucutkan.

Priyanka sebelum ini ada membuat lawatan di kem pelarian rohingya dan Syria sebagai salah satu aktiviti dalam kerjasamanya bersama dengan pihak UNICEF.

Antara selebriti Pakistan yang turut memberikan kritikan ialah pelakon, Armeena Khan.




Sumber : Astro Awani