Laman Utama

Priyanka Chopra Diminta Besarkan Payudara & Bedah Rahang Kalau Nak Berjaya Di Bollywood

gempak
Amri Hassan
10/02/2021
01:52 MYT
Sponsor Banner
Priyanka Chopra Diminta Besarkan Payudara & Bedah Rahang Kalau Nak Berjaya Di Bollywood
Bintang antarabangsa Priyanka Chopra mendedahkan dia pernah diminta untuk membesarkan saiz payudaranya dan memperbetulkan bentuk badan sekiranya mahu berjaya di Bollywood.
Saranan itu muncul selepas Chopra memenangi pertandingan ratu cantik Miss World 2000 ketika berusia 18 tahun.
Chopra didatangi seorang sutradara yang memintanya untuk berdiri dan berpusing selama beberapa minit.
"Dia menatap saya lama-lama dan menilai. Kemudiannya menyarankan untuk saya melakukan pembedahan payudara, membaiki rahang dan membesarkan punggung.
"Katanya kalau mahu menjadi aktres saya harus 'membaiki' proportion tubuh dan dia telah mencadangkan nama doktor hebat di Los Angeles kepada saya," tulis Chopra dalam autobiografinya berjudul Unfinished.
Situasi itu menyebabkan Chopra terkejut dan rasa rendah diri. Bagaimanapun, isteri kepada Nick Jonas itu bersyukur kerana tidak mengikuti saranan sutradara terbabit dan berhenti bekerjasama dengan pengurusannya.
Justeru, Chopra merayu agar golongan wanita sentiasa menghargai tubuh badan yang dimiliki tanpa perlu rasa rendah diri.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live