Priyanka Chopra Hadiahkan Anjing Sempena Ulang Tahun Perkahwinan...Pilih Nama Gino Jonas!

Asraf Aided
November 28, 2019 10:43 MYT
Aktres Bollywood popular, Priyanka Chopra telah menghadiahkan seekor anjing baka German Shepherd kepada suaminya, Nick Jonas sempena meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama.
Anjing yang diberi nama Gino Jonas itu merupakan anjing kedua yang dipelihara pasangan ini selepas Diana yang mula dipelihara Priyanka pada tahun 2016.
Berita gembira itu dikongsi Nick menerusi sebuah video di entri akaun Instagram miliknya semalam.
"Priyanka telah memberi kejutan pagi tadi, memperkenalkan anjing baru kami Gino the German.
"Sejak bangun tidur, saya tak berhenti senyum hingga sekarang, terima kasih @priyankachopra," tulisnya sebagai kapsyen.
Tidak berdiam diri, Priyanka ada meninggalkan komen berbunyi :
"Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan yang akan tiba," tulisnya.
Seperti Diana, Gino juga telah mempunyai akaun Instagram yang menggunakan nama @ginothegerman, manakala nama Gino Jonas ditulis di bahagian bio akaun tersebut.
Imbas kembali, Priyanka dan Nick mengikat tali perkahwinan pada 1 Disember 2018 dalam sebuah majlis gilang gemilang di Umaid Bhawan Palace, Jodhpur, India.
#Priyanka Chopra #Nick Jonas