Berita
Priyanka Chopra & Nick Jonas Bakal Timang Cahaya Mata?
Aktres jelita Bollywood, Priyanka Chopra dikhabarkan hamil anak pertama hasil dari perkahwinannya bersama penyanyi Nick Jonas.
Ekoran perkara tersebut, ibu Priyanka, Madhu Chopra tampil membuat kenyataan.
Menurut laporan India Today, Madhu menjelaskan Priyanka masih belum hamil dan dakwaan orang ramai mengatakan anaknya hamil adalah tidak benar.
Khabar angin itu tersebar selepas tularnya foto Priyanka yang menampakkan bahagian perutnya lebih besar dari biasa.
"It was a bad angle, the outfit was nice, she looked like that only in some pictures, the rest were fine, blame it on the camera angle!" ujar Madhu.
Priyanka dan Nick berkahwin pada 1 Disember tahun lalu dalam sebuah majlis gilang gemilang di Istana Umaid Bhavan, Jodhpur, India.
Sumber : www.indiatoday.in
Must-Watch Video