Priyanka Chopra & Nick Jonas Kini Suami Isteri

Amri Hassan
Disember 2, 2018 03:21 MYT
Bintang Bollywood, Priyanka Chopra telah selamat melangsungkan perkahwinan dengan penyanyi popular Amerika Syarikat, Nick Jonas semalam.
Dalam sebuah majlis gilang-gemilang di Istana Umaid Bhavan, Jodhpur, India, kedua-dua mempelai itu disatukan mengikut tradisi Kristian.
Majlis itu disempurnakan oleh bapa Nick, Pau Kevin Jonas.
Manakala hari ini, pasangan itu akan menjalani upacara mengikut tradisi Hindu pula
Nick dan Priyanka telahpun bertunang empat bulan lalu selepas bercinta selama setahun.
Kedua-duanya mengesahkan tentang majlis perkahwinan pada Sabtu itu di akaun media sosial masing-masing.
#Kahwin #Priyanka Chopra #Kahwin #Nick Jonas